” Makin berusia makin cantik lah Siti Fairuz ni.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Penyanyi Popular Era 80an Yang Popular Dengan Lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Siti Fairuz Bersama Salwa Abd Rahman Tarik Perhatian Peminat. Wah Lama Tak Tengok Siti Fairuz, Makin Berseri-Seri Dan Cantik !!

Bagi peminat yang membesar di tahun 80-an, pastinya masih mengingati wajah dan suara pelantun lagu klasik, Bila Rindu Ku Sebut Namamu iaitu Siti Fairuz. Sudah lama tidak mendengar perihal Siti Fairuz semenjak penyanyi ini menyepi daripada bidang seni suara tanahair.

Meninjau akaun Instagram Salwa Abd Rahman, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan Salwa bersama Siti Fairuz. Setelah bertahun-tahun lamanya sahabat seperju4ngan ini tidak bertemu, akh1rnya mereka dapat duduk semeja dalam satu majlis keraian.

Tulis Salwa di ruangan kapsyennya, Siti Fairuz sekarang sudah bergelar ahli perniagaan dan mengusahakan produk berasaskan kopi. Wah walaupun sudah berpuluh tahun berlalu, wajah Siti Fairuz tidak banyak berubah daripada dahulu.

Lebih anggun dan manis dalam imej berhijab, Siti Fairuz mengatakan Salwa ini adalah teman gad0h, teman ketawa malahkan teman menang1s ketika mereka sama-sama berju4ng dalam industri dahulu.

Untuk rekod, Siti Fairuz yang kini berusia 58 tahun merupakan ibu kepada lima orang cahaya mata yang mana empat orang daripadanya sudahpun berumahtangga dan seorang lagi masih bujang. Ini dipetik daripada laporan Portal Kosmo tahun lalu ketika Siti Fairuz menghadiri satu majlis berbuka puasa.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Salwa ini mencur1 perhatian daripada peminat. Memang ramai yang rindukan wajah Siti Fairuz dan antara komen-komen mereka :

” Sampaikan salam untuk Siti Fairuz. Lama dah tak tengok Siti Fairuz kan. Alhamdulillah mudah-mudahan Kak Wa dan rakan Artis lain sihat walafiat hendaknya, aamiin.. “

” Best kan kak wa dapat jumpa kawan kawan lama. kami pun dapat tumpang tengok artis artis senior bila kak wa jumpa diaorang. thanks.. “

” Wah Siti Fairuz lah, bila ku rindu aku tersebut nama mu. Ish lagu memori betul ni. Artis kegemaran saya masa tu, ari-ari dengar lagu Siti Fairuz.. “

” Wah masih awet muda kak siti fairuz sama kak salwa. bila lagi nk comeback. mekar sejambak best tau adik peminat setia zaman kakak sama dgn arw4h abg nasir wahab terbaekkk.. “

” Wow sentiasa awet muda dan jelita kak Salwa dan Siti Fairuz ni. Alhamdulillah silaturahim itu indah. Teringat mekar sejambak sayang kakak berdua.. “

” Makin berusia makin cantik la Siti Fairuz ni. Love both of you so much. Mengimbau kenangan lama tengok wajah dua artis kesayangan ni.. “

” Siti Fairuz penyanyi tu kan? ee lamanya tak dengar khabar Siti Fairuz, suka sangat lagu dan suara dia. Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu tu lagu favourite betul.. “

Terubat juga rindu peminat apabila Salwa kongsikan penampilan terbaru Siti Fairuz ini. Memang Siti Fairuz masih tetap nampak cantik seperti dahulu. Apa pun, semoga Siti Fairuz success selalu dalam perniagaannya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Salwa Abd Rahman, IG Siti Fairuz , Portal Kosmo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..