” Meraikan raja berhari-hari, bukan raja sehari dah ni.. ” – Netizen

Sekali Lagi Bersanding Di Atas Pelamin, DS Nurheliza Helmi Ded4h Cerita Di Sebalik Majlis Persandingannya Kali Ini. Oo Patut Lah Banyak Kali Bersanding, Alhamdulillah Syukur !!

Pasangan pengantin baru, DS Nurheliza Helmi dan pasangannya, DS Mahadi sekali lagi telah diraikan dengan majlis resepsi. Kali ini majlis tersebut adalah hadiah istimewa daripada sahabat baik DS Nurheliza iaitu Mila Jirin.

Menerusi akaun Instagram milik DS Nurheliza, telah berkongsi luahan hatinya yang begitu terharu dengan hadiah istimewa pemberian Mila itu. Sebelum ini juga, DS Nurheliza dan DS Mahadi turut menerima hadiah majlis resepsi daripada sahabat mereka.

Difahamkan majlis resepsi kali ini telah berlangsung semalam di dewan Bizmilla. Kelihatan pengantin cantik mengenakan pakaian songket berwarna biru muda. Cantik berseri DS Nurheliza meskipun hanya mengenakan makeup yang ringkas.

Rupa-rupanya ini lah sebab DS Nurheliza bersanding sekali lagi di atas pelamin. Beruntung DS Nurheliza mempunyai seorang sahabat yang meraikannya sebegini. Alhamdulillah bak kata orang, rezeki jangan ditolak.

Baca perkongsian DS Nurheliza di bawah :

Beberapa akaun Instagram seperti, Aqo Imran selaku jurufoto, Inaijari dan jurusolek Nadia Nordin turut berkongsi momen indah sekitar majlis persandingan pasangan ini. Wah nampak meriah majlis kali ini pun.

Jom ikuti perkongsian video dan gambar-gambar majlis resepsi DS Heliza dan DS Mahadi di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan pengantin yang cantik mengenakan baju songket. Malah ada juga mendoakan semoga persahabatan antara DS Nurheliza dan Mila Jirin berkekalan hingga ke akhir hayat. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya baju kahwin Kak Ja, naik seri, nampak sweet lah kali ni. Murah rezeki betul Kak Ja dan suami.. “

” Sahabat sejati betul. Rasanya ni lah satu2 hnya artis yang banyak terima tajaan. Bukan kaleng2 pulak tu, perhhhh.. “

” Cantik betul, warna kesukaan saya. Nampak berseri-seri lah Heliza dan suami. Walaupun makeup soft jer.. “

” Alhamdulillah. Takpelah kak Eja. Meraikan raja berhari-hari. Bukan raja sehari da ni. Hihi. Semoga bahagia hingga ke akhirat. Ameen.. “

” Berapa kali bersanding ni, haha tak terkira. Tapi baju paling cantik. Lawa sangat lah. Timbul warna tu mjlis malam.. “

” Hihii kemainn kakJa  tak mau pandang lainn dok pandang en. Suami jerr hihii, naseb dah tak m4lu2 mcm memula tuu kikikiii comelllll.. ‘

” Mshaallah segaknya psngan ni, suka betul lah tengok. Aura dorang ni lain macam betul, haha.. “

Memang cantik. Part video DS Heliza tolong touchupkan suami tu memang comel betul. Apa-apa pun, semoga DS Heliza dan DS Mahadi sentiasa hidup bahagia bersama dan moga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Nurheliza Helmi, Nadia Nordin, Aqoimran

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..