” Cantiknya anak Umie, kejap je dah besar.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Perempuan Datin Seri Umie Aida, Aisya Humaira Ketika Berada Di Majlis Maulid Cur1 Tumpuan Ramai. Cantiknya Aisya, Muka Dah Nampak Macam Datin Umie Aida Lah !!
Mungkin ramai yang tahu yang pelakon Datin Seri Umie Aida juga mempunyai seorang anak angkat perempuan. Telah diambil ketika usianya beberapa hari, kini bayi tersebut telah pun berusia dua tahun lebih.
Aisya Humaira nama yang telah dipilih oleh Datin Seri Umie buat puteri tercintanya. Bagi yang mengikuti Datin Seri Umie di Instagram, pasti tahu Datin Seri Umie juga sering berkongsi perkembangan anak kesayangannya ini.
Terbaru, Datin Seri Umie ada memuat naik satu video dan beberapa gambar mengenai gelagat Aisya ketika berada di majlis maulid. Kelihatan Aisya telah mengenakan jubah berwarna hitam dan sedang duduk mendengar selawat.
Perkongsian gambar dan video mengenai Aisya itu telah mencur1 tumpuan netizen. Ada yang menyatakan bahawa wajah Aisya kelihatan seiras seperti Datin Umie Aida dan semakin Aisya besar, kecomelannya semakin terserlah.
Ikuti perkongsian oleh Datin Seri Umie di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di rungan komen, rata-ratanya memuji kecomelan anak perempuan Datin Seri Umie dan terhibur melihat gelagatnya dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai ustazah Aisya, kenapa awak makin comel sangat. Ger4m tengok gelagat si kecil ni.. “
” Masyaallah, cantiknya dia. Gaya dia buat sibuk tu sebijik macam mummy dia lah, hahahaha comel betul.. “
” Cantiknya anak Umie, kejap je dah besar. Sejuk tengok gelagat dia, nampak gaya suka ke majlis ilmu macam ummi dia lah.. “
” Apehal cepat sangat besar ni sayang. Moga membesar menjadi anak solehah yg cantik sentiasa dlm lindungan dan petunjuk ALLAH.. “
” Masyaallah comel, cantik Aisya Humaira sama mcm mama die. Semoga aisya membesar menjadi wanita solehah yg meneruskan perjuangan musolla aisyah.. “
” Hehee busy betul tu membaca, amboii gaya dia tu dah macam orang besar. Nama seindah tuan badan lah.. “
” Alhamdulillah, bagusnya Aisya. Cantik betul Aisya ni, wajah dia nampak manis sangat. Semoga membesar dengan baik.. “
Alahai suka betul dia ke majlis ilmu. Kalau tengok wajah Aisya ni memang nampak seiras dengan Datin Umie Aida. Apa-apa pun, semoga Aisya terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat Datin Seri Umie Aida dan suami.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..