” Cantiknya Bellaz, dah nampak baby bump lah. Comel.. ” – Netizen
Kongsi Video Terbaru, Penampilan MUA Bellaz Yang Kini Sedang Hamil Anak Keempat Cur1 Tumpuan Ramai. Alahai Cantik Betul Mak Buyung Ni, Semakin Berseri-Seri !!
Baru-baru ini, ikon tutorial solekan di media sosial, Nur Nabilah Zulyadaini atau MUA Bellaz telah mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bersama keluarga tersayang. Ketika berada di tanah suci, Bella turut berkongsi satu berita gembira.
Bellaz telah memaklumkan dirinya hamil cahaya mata keempat. Menerusi akaun Instagram, wanita berusia 29 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya meluahkan rasa syukur atas rezeki Allah SWT.
Seloroh Bellaz pada penulisannya, persoalannya terjawab selepas tidak berselera untuk menikmati hidangan nasi Arab sebelum ini. Bellaz juga mendoakan individu yang masih menanti kehadiran cahaya mata agar dikurniakan zuriat satu hari nanti.
Terbaru, Bellaz telah memuatnaik satu video OOTD dirinya. Perkongsian video itu telah mencur1 perhatian ramai dengan penampilan Bellaz yang sudah pun kelihatan baby bump. Selain itu, ada yang memuji Bellaz sekarang semakin berseri-seri sejak hamil.
Ikut perkojngsian tersebut di bawah ini :
Video Bellaz itu telah mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warga maya. Di ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Bellaz dan mendoakan agar Bellaz serta kandungan dalam keadaan sihat. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya Bellaz, dah nampak baby bump lah, comel. Memang makin berseri2 lah mak buyong ni.. “
” Ya Allah, cantiknya Bella. Baby bump pun dah nampk dah. Kalau saya perut 6 bulan baru nampk, btw memang melet0p lah ibu bakal anak empat ni.. “
” MasyaAllah cantikkkk amatttttttt lah Bellaz. Bellaz mengandung pun nampak kurus lagi, perut je nampk besar, hahaha.. “
” Macam awek Turkey duduk Malaysia, cantik g1la mak buyung ni. Tak nampak pun anak nak masuk empat dah.. “
” Naik seri betul lah Bellaz, cantik. Semoga Bellaz dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik slalu.. “
” Comeynyaa peyut Bellaz. Allahu, doakan saya juga dikurniakan zuriat, aamiinn. Tahniah Bellaz, tumpang happy.. “
” Rasa mcm Bella bru beranak ni mengandung lagi. Tapi tetap mashaa Allah cantik comey betul lah.. “
Alahai tak pernah tak cantik lah Bellaz ni, memang makin berseri-seri. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Bellaz sentiasa dalam keadaan sihat selalu dan segala urusan Bellaz sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..