” Merdunya suara Mak Salmah, legend tu mendayu-dayu gitu.. ” – Netizen
Video Alunan Suara Ibunda Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Mak Salmah Raih Pujian Peminat. Alahai Gemersik Dan Lunak Suara Mak Salmah. Macam Suara Anaknya Juga, Merdu !!
Tanggal 31 Disember adalah hari yang dinanti-nantikan oleh adik beradik penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Hari istimewa yang merupakan hari ulangtahun kelahiran buat ibunda mereka iaitu Hajah Siti Salmah.
Meninjau akaun Instagram kakak Dato’ Siti , Siti Saida Tarudin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan bakat nyanyian Mak Salmah. Saida yang berkongsikan ucapan hari lahir buat ibunda tersayang turut meluahkan rasa sayangnya pada Mak Salmah.
Bakat seni keluarga Dato’ Siti sememangnya umum diketahui ramai. Ke semua adik beradik ini boleh menyanyi dengan baik dan mempunyai suara yang lunak merdu semuanya. Ianya diwarisi tidak lain tidak bukan daripada Mak Salmah sendiri.
Mendengar alunan suara Mak Salmah dalam video tersebut, seperti terbuai-buai rasanya. Mendayu-dayu sahaja suaranya membawakan lagu nostalgia itu. Menyanyi secara santai pun sudah merdu didengari, kalau berduet dengan anak-anak pasti melet0p.
Jom tonton video di bawah :
Selain pujian untuk suara yang lunak ini, peminat turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat Mak Salmah. Antara komen-komen mereka :
” Masya Allah gandingan yang mant0p ni. Macam dengar acik Watie berduet dengan Dato’ Siti je. Sedapnya suara Mak Salmah.. “
” Selamat Ulang Tahun kelahiran Mak Mah. Srmoga beroleh kesihatan yg baik. Dilindungi dan dirahmati Allah dunia dan akh1rat.. “
” Selamat ulangtahun kelahiran Mak Salmah. Tak puas dengar suara Mak Salmah. Upload banyak banyak video Mak Salmah nyanyi please.. “
” Merdunya suara Mak Salmah, patutlah anak-anak dan cucu-cucunya pandai menyanyi. Selamat hari lahir Mak Salmah. Semoga panjang umur.. “
” Itu dia, tersenyum simpul dua-dua. Merdu betul suara Mak Salmah, halwa telinga yang syok didengar. Comel je gurau macam tu.. “
” Sanah helwah makcik Salmah. Merdunya suara, gifted tu. Still nampak muda, suara legend tu mendayu-dayu gitu.. “
” Merdunya, mendayu-dayu suara Mak Salmah. Sekali dengar macam suara Tokti, dua kali dengar macam suara kak Saida.. “
Betullah kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun buat Mak Salmah dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Saida Tarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..