” Cantiknya Uqasha berpurdah, selamat menunaikan ibadah umrah.. ” – Netizen

Pilih Menunaikan Ibadah Umrah Setelah Bergelar Suami Isteri, Video Sekitar Berangkatnya Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Ke Tanah Suci Raih Perhatian Peminat. Semoga Segalanya Dipermudahkan !!

Berdiam seketika sesudah bernikah, pasangan selebriti yang sudah sebulan lebih mendirikan rumahtangga iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah membuat ramai terkej0t setelah mereka mengumumkan telah mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini difahamkan telah diadakan di sebuah pusat peranginan di Janda Baik, Pahang. Uqasha telah menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Uqasha.

Memilih untuk mengerjakan ibadah umrah setelah bergelar suami isteri, Kamal dan Uqasha telah berangkat ke tanah suci semalam. Turut dikongsikan oleh Kamal di Instagram adalah video ucapan mereka sebelum menaiki pesawat.

Selain Kamal, akaun Instagram milik fans pasangan ini juga tidak ket1nggalan berkongsi video sepanjangan Kamal dan Uqasha berada di lapangan terbang. Uqasha dan Kamal yang sedondon mengenakan jubah serba hitam telah mencur1 perhatian para peminat mereka.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan semoga urusan pasangan ini dalam mengerjakan ibadah umrah akan dipermudahkan. Selain itu, ada yang memuji Uqasha dalam video kelihatan cantik mengenakan purdah. Antara komen-komen menarik adalah :

” InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Semoga pasangan ini Allah limpahkan kurniaan kebahagiaan hingga jannah, Amin.. ” – Shuib Sepahtu

 ” Cantiknya Qasha berpurdah, walaupun hnya dapat tengok mata je, memang berseri2 lah. Selamat menunaikan ibadah umrah Kamal dan Uqasha.. “

” Selamat mengerjakan ibadah Umrah buat Kamal dan Uqasha. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan Aamiin.. “

” Cantiknya Uqasha. Manis betul isteri tersayang Kamal ni. Semoga terus kuat dn kembali seperti dlu bertudung litup Amin.. “

” Alo lo sweet panggilan abang tu. Semoga bahagia selamanya stay cute n sweet  semoga slmt semua di sana aminn.. ‘

” Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua. Doakan saya sekeluarga juga supaya ada rezeki menunaikan umrah.. “

” Semoga selamat pergi dan balik. Semoga dapat umrah y berkat. Doakan sy smpai jugak ke sana ye. Suka tengok pengantin baru ni.. “

Kami dari Berita Kopak berharap semoga segala urusan ibadah buat pasangan ini dipermudahkan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Kamal dan Uqasha sepanjang mengerjakan umrah dan pulang dengan umrah yang mabrur, Aamiin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli, Inaijari, Kamalxqashafanclub

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..