” Berkali-kali dia sebut, anak yang bijak ni.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Ayda Jebat, Ana Nayla Sekali Lagi Menyebut Kalimah ‘ Allah ‘ Dapat Pujian Ramai. Alahai Ana, Macam Faham Jer Apa Yang Mummy Dia Minta. Semoga Ana Jadi Anak Yang Solehah !!

Jika sebelum ini Ayda dan Nabil Mahir telah berkongsi satu video yang memaparkan anak mereka, Ana Nayla yang cuba untuk menyebut kalimah ‘ Allah’ di laman media sosial telah mendapat perhatian ramai.

Kali ini, sekali lagi Ayda telah berkongsi video terbaru yang merakamkan Ana yang sekali lagi untuk cuba menyebut kalimah ‘ Allah’ . Kedengaran pada video tersebut, Ayda dengan lembutnya meminta Ana untuk mengikutnya menyebut ‘ Allah ‘.

Pada awalnya, Ana dlihat tidak lagi menyebutnya. Namun percubaan Ayda kali kedua ‘memuj0k’ Ana untuk menyebutnya membuahkan hasil apabila Ana berjaya menyembutnya. Malah paling istimewa pada kali ini, Ana telah menyebut ‘ Allah ‘ berkali-kali.

Perkongsian video oleh Ayda pada kali ini sekali lagi telah mendapat perhatian ramai. Sehingga kini, video Ana menyebut kalimah ‘ Allah ‘ itu telah mendapat lebih 14 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada netizen.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji setelah mendengar Ana menyembut kalimah ‘ Allah ‘ dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berkali-kali dia sebut, anak yang bijak ni. Jarang dan luar biasa bukan semua bayi seusia Ana ini boleh menyebut Allah.. “

” Masyaallah, pandainya Ana. Semoga Ana membesar menjadi anak yang solehah  buat mummy dan daddy, inshaallah amin.. “

” Bijak lah Ana, macam dia faham je apa yang mummy dia minta untuk dia cakap. Muka tu napa lah comel sangat sayang.. “

” Allahuakhbar dah la cantik,  bijak puka tu si comel Ana Nayla ni. Bahagia si ibu dapat dengar anaknya yang masih kecil boleh menyebut Allah.. “

” Bambamnya dia, buat muka comel yer pas boleh sebut Allah. Memang nampak muka minta kiss daripada mommy lah tu, upah sebab dah pandai.. “

” Copy paste Ayda betul lah Ana ni. Mata tu memang mahal betul, nampak special lah warna mata Ana. Semoga Ana jadi anak yang solehah.. “

” Masyaallah, clever sangat awak ni Ana Nayla. Aunty is ger4mmmmm dengan budak cerdik ni, alhamdulillah semoga Ana terus jadi anak yang baik ya sayang.. “

Nampak Ana ni memang seorang anak yang bijak, lihat sahaja lah dia seperti faham apa yang diminta oleh ibunya untuk menyebut kalimah ‘ Allah ‘. Apa-apa pun, semoga Ana terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ana Nyla, Ayda Jebat, Nabil Mahir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..