” Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin. Keputusan sekarang.. ” – Dato’ Fizz Fairuz

Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Berita Gembira Kelahiran Cahaya Matanya Yang Ke 4. Wah Nampak Tembam Lah Pipi Baby Tu. Kapsyen Dato’ Fizz Tu Pun Kelakar, Dah Macam Laporan Bola Jadinya !!

Semalam Dato’ Fizz Fairuz ada berkongsikan video yang menunjukkan isterinya, Datin Almy Nadia berada di hospital untuk melahirkan zuriat ke 4 mereka. Untuk makluman, Dato’ Fizz sudahpun dikurniakan 3 orang puteri yang comel-comel belaka.

Meninjau entry terkini Dato’ Fizz, sekeping gambar terbaru Dato’ Fizz bersama Datin Almy dikongsikan. Mengkhabarkan Datin Almy sudah selamat melahirkan, terlihat juga wajah bayi ini dari pandangan tepi.

Kapsyen Dato’ Fizz sendiri menjadi tumpuan peminat selain bayi tembamnya itu. Dengan ayat berbunyi ‘ 4 -0 keputusan sekarang ‘, fahamlah semua bahawa bayi ini juga seorang bayi perempuan sama seperti kakak-kakaknya.

Datin Almy melahirkan pada jam 3.49 pagi tadi dan Dato’ Fizz turut menzahirkan ucapan terima kasih untuk semua yang mendoakan kelancaran proses bersalin isterinya ini. Wah sukalah kakak-kakak ada geng baru lagi.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Dato’ Fizz ini telahpun dibanj1ri ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah, tahniah bang dan kak Almy. Syukur Ya Allah, semuanya selamat. Bertambah meriah keluarga nanti.. “

” Tahniah Fizz dan Almy, semoga sihat sihat belaka akak doakan. Selamat berpant4ng Datin. Syukur alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah tahniah Dato fizzfairuzofficial dan isteri atas kelahiran anak yg ke 4. Semoga Allah bagi kesihatan yg baik pada kedua-duanya.. “

” Alhamdulillah dato dan datin.. in shaa Allah yang ke 5 nanti pasti boy dato. Rezeki dari Allah, semoga keluarga ini sentiasa dilimpahi kesihatan dan dilindungi Allah.. “

” Alhamdulillah tahniah rezeki dari Allah, nanti Akak doakn next dapat baby boy pula In sya Allah Aamiin.. “

” Alhamdulillah, tahniah Dato’ Fizz. Salam 4-0 hehe. Semoga cepat sembug buat ibu dan anak sentiasa sihat.. “

” Takpe muda lagi berjuang untuk dapat kan boy pulak. Alhamdulillah, Semuanya selamat. tahniah abgku kakakku. bertambah lagi khalifah.. “

Syukur kehadrat Ilahi Datin Almy selamat dan lancar urusan bersalinnya. Semoga kelahiran si kecil ini bakal menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan sekeluarga. Selamat berpant4ng Datin Almy dan take care. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizzfairuz, Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..