” Bertuahnya Zaara, Alhamdulillah rezeki Zaara.. ” – Netizen
Vie Shantie Khan Kongsi Berita Gembira Mengenai Anak Perempuannya, Vie Zaara. Wah Bukan Mudah Nak Dapat Peluang Sebegini. Tahniah Zaara !!
Beberapa hari yang lalu, Vie Shantie Khan ada berkongsikan gambar-gambarnya bersama anak sulungnya, Vie Zaara ketika berada di Saudi Arabia. Banyak gambar-gambar menarik antaranya di Al Masmak Palace dimuat naik di posting Vie.
Vie turut memberitahu rezeki Zaara dapat menjelajah bumi para ambia di Saudi dan yang paling utama lawatan ini khusus buat Zaara. Diberikan peluang untuk memilih mana-mana pusat pengajian yang ingin dimasuki, doa Vie untuk si cantik nampaknya dimakbulkan Allah.
Meninjau entry terbaru di Instagram Vie Shantie Khan, telah dikongsikan beberapa keping gambar bersama Zaara di universiti pilihannya. Turut sama diceritakan oleh Vie adalah perbualannya bersama Zaara.
Memilih Princess Nora Bint AbdulRahman University, keputusan ini dibuat kerana Zaara lebih selesa dengan suasana semua pelajar adalah perempuan. Alhamdulillah, antara universiti kebanggaan orang-orang Arab Saudi ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Vie Shantie ini telahpun mendapat lebih 9000 likes sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen netizen :
” Bertuahnya Zaara. Alhamdulilah vie shantie khan, anak syurga yg cantik. semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segalanya zaara.. “
” You are both amazing. Congratulations for raising her well, bagus bagus. Semoga Zaara and Vie dalam lindungan dan rahmat Allah selalu.. “
” Semoga ALLAH permudahkan segala2nya buat Zara dan mama Zara.. Aamiin.. Aamiin.. Yarabalamiin.. “
” Anak yang sangat bertuah Zaara semoga terus maju jaya. zaara the choosen one, terus cemerlang dunia dan akhir4t.. “
” Alhamdullillah rezeki Zaara. indah Rezeki Allah beri. Semoga termakbul segala cita dan doa Zaara.. “
” Semoga dipermudahkan urusan Menuntut ilmu di sana buat Vie Zaara. bertuahnya…memang Di Sana satunye universiti asingkan lelaki perempuan.. “
” University Noura ni besar dan cantik. Alhamdulillah bertuah Zaara dapat masuk. Tiada HADIAH yang paling berharga daripada DOA seorang ibu. MasyaAllah, tahniah Zaara.. “
Alhamdulillah, sudah tertulis rezeki Zaara untuk menuntut ilmu di sini. Ditambah lagi dengan doa sang ibu, pastinya Zaara dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan Zaara dan selamat berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Vie Shantie Khan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..