” Cutenya dia, muka Amir sangat ni.. ” – Netizen

Amir Floor 88 Kongsi Gambar Cahayamata Sulungnya, Aaron Yusuf. Wah Comelnya Baby Aaron, Muka C0py Paste Amir, Anak Bapak Sangat !!

Umum mengetahui, gitaris band Floor 88, Amirul Affeq ataupun dikenali sebagai Amir telahpun mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hati bernama Zarith Shawara pada penghujung bulan Disember tahun lalu.

Pasangan bahagia ini kini rasminya bergelar ibu dan ayah apabila Zarith selamat melahirkan cahayamata sulung mereka secara pembedahan pada 29 Oktober yang lalu. Ianya dimaklumkan oleh Amir sendiri di Instastorynya ketika itu.

Meninjau akaun Instagram Amir Floor 88, telah dikongsikan wajah permata hatinya ini. Sepakat memilih nama Aaron Yusuf untuk si kecil ini, Aaron nampak comel sekali dan mewarisi kulit putih seperti mamanya.

Amir turut mencoretkan doanya agar Aaron menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akh1rat. Selain itu juga, ucapan terima kasih untuk isteri tercinta tidak dilupakan atas peng0rbanannya bertarung nyaw4 melahirkan anak mereka ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah comel baby Aaron Yusuf ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Tahniah, comelnya anak bapak ni. Akhirnya aku dah nampak Amir versi rambut lurus, steady Aaron Yusuf.. “

” Assalamualaikum Aaron Yusuf. Alolo muka Amir sangat ni. Alhamdulillah, tahniah Amir dan wife.. “

” Cutenya dia, congrats Amir dan Zarith. Semoga Aaron membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.. “

” Alhamdulillah tahniah Amir. Alah comelnya baby Amir dan Sara ni. Semoga Aaron Yusuf jadi anak yang soleh dan semoga membesar dengan sihat.. “

” Hmm, bila imbas sekali lalu, muka Aaron Yusuf ni sebijik macam Abang Amir. Comel sangat senyuman tu.. “

” Comelnya. Tahniah buat abang Amir dan isteri. Lepas ni mungkin Aaron Yusuf akan ikut jejak usaha daddy selama ni.. “

” Alolo comelnya dia, ikut muka bapaknya lah. Ini baru dikatakan anak bapak asli haha. Tahniah Amir dan isteri.. “

Alhamdulillah, pastinya kelahiran baby Aaron membawa lebih kegembiraan dan kebahagiaan buat Amir dan Zarith. Semoga Aaron Yusuf membesar menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amirfloor88, Zarith_shawara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..