” Clever boy, jap siapa mama tu.. ” – Netizen

Hafiz Hamidun Kongsi Video Anaknya, Hamdee Hafiz Yang Kini Berusia Setahun Lebih Sudah Pandai Membaca ABC. Pandainya Hamdee, Tapi Last Tu Hamdee Panggil Mama Lah Pada Seseorang. Jeng Jeng Jeng, Siapa Gerangannya Tu Hafiz !!

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pernah dilanda kontr0versi tentang perkahwinan terdahulunya bersama seorang usahawan cantik. Namun semuanya sudahpun selesai dan kedua-duanya membawa haluan hidup masing-masing.

Umum mengetahui, Hafiz mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Hamdee Hafiz. Kini Hamdee telahpun berusia 1 tahun 8 bulan dan Hafiz banyak berkongsi gelagat Hamdee yang sudah mula pandai bercakap.

Meninjau entry terbaru Hafiz di Instagramnya, satu video terkini Hamdee dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Tulis Hafiz di kapsyennya, Hamdee sudah mengenal semua huruf A sehinggalah Z di usianya ini.

Comel sahaja mendengar sebutan Hamdee lagi-lagi ketika huruf O. Sampai muncung terus mulutnya ye Hamdee. Sedang asyik membaca, tiba-tiba Hamdee memanggil seseorang di hadapannya dengan gelaran mama.

Jom tonton video di bawah :

Ringan mulut dan bijak Hamdee ini. Bersorak semua yang berada di situ apabila Hamdee berjaya membaca sehingga ke huruf Z. Antara komen-komen peminat :

” Masya Allah umur berapa ni, bijak. Pandainya dia, tapi siapa mama ? hehe. RIP max volume earphone user haha.. “

” Tabarakallah cerdik benor lah Hamdee. Muka pun lebih kurang ayahnya, jel1ng tu yang tahan haha. cute lah.. “

” Yeayy pandainya dia, Alhamdulillah. Steady mama dia ajar, good job mama. eh jap mama tu siapa.. “

” Kiutnya Hamdee, sebut ‘W’ tu comel Hamdee. Aww comel je bila dia sebut mama. Macam mana boleh bijak macam ni.. “

” Cerdiknya dia, alhamdulillah. Wow semakin besar sudah tak sabar mahu tengok dia membesar lepas ni. Jadi anak soleh.. “

” Masya Allah bijaknya Hamdee. Semoga jadi anak yang soleh ye handsome boy. Hebat Hamdee, tanya papa nak mama real tak hehe.. “

” Clever boy Hamdee, tengoklah siapa papanya. Papa genius anaknya pun genius, buah jat0h tak jauh dari pohonnya.. “

Jawapan Hafiz kepada salah satu pertanyaan daripada peminat yang bertanyakan siapakah gerangannya ‘mama’ yang dipanggil oleh Hamdee :

Salah seorang adik beradik Hafiz rupanya ‘mama’ itu. Ingatkan Hamdee bakal ada mama baru tadi. Apa pun, semoga Hamdee sentiasa membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh untuk Hafiz apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafiz Hamidun

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..