” Nampak lain betul, terkej0t tengok gambar ni.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Terbaru Di Instagram, Imej Baru Shahir Zawawi Mengej0tkan Peminat. Wahhh Memang Nampak Lain Sangat Ni Shahir. Lama Menyepi, Terus Nampak Lain !!

Bagi yang mengenali akan penyanyi Shahir Zawawi, pasti tahu Shahir sudah lama menyepi dalam industri seni. Malah Shahir juga tidak berkongsi sebarang perkembangan terkini mengenai dirinya di Instagram buat para peminatnya dalam tempoh yang lama.

Namun, 6 hari lalu, dilihat Shahir mula berkongsi gambarnya di Instagram setelah akaun tersebut tidak dikemaskininya lebih setahun lalu. Hari ini, Shahir sekali lagi telah memuatnaik gambarnya dengan imej terbaru.

Semestinya perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak sudah lama tidak mendengar perkembangannya membuatkan gambar tersebut telah menerima pelbagai respon daripada netizen.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan Shahir berimej rambut panjang paras bahu. Difahamkan pada posting lain, gambar itu diambil ketika Shahir menghadiri sebuah sidang media sebuah sistem televisyen bersama beberapa orang penyanyi lain dan pelakon.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai tidak sangka akan perubahan imej terbaru Shahir itu dan dalam masa yang sama, rata-ratanya memberikan kata semangat buat Shahir yang mula kembali dalam bidang nyanyian. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lain dah Shahir rambut dia hehe. Tengok tadi ingatkan Anuar Zain. Welcome back Shahir, semoga segalanya dipermudahkan.. “

” Edit ke abang, pakai app ape ni. Nampak lain betul, dah kurus lah Shahir. Dah nampak gaya islamik gambar ni.. “

” Shahir ke ni, lamaanya tak muncul. Rindu kehadiran Shahir, selamat beraksi kembali ke pentas seni Shahir.. “

” Journey back to him, yeayyyy. Lama betul menyepi Shahir, tahu2 dah jadi lain, terkej0t i tengok gambar ni, good luck Shahir.. “

” Panjangnya rambut dia, terus nampak lain lah. Please jangan menghilang lagi ye Shahir, mana tahu rezeki awak murah selepas ini.. “

” Dahhhh kuyusss lah, luar biasa landa suria padamu, dah lama tak muncul. Good luck Shahir, program tv hijrah ke ni.. “

” Walaikumsalam abg Shahir. Wow. Very different. Very good. Welcome back to industries. Ni bukan biase biase biasee ni, lain terus. 

Penampilan baru Shahir ini menampakkan dirinya lebih matang dari sebelum ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat kembali kepada Shahir ke industri seni, semoga segala urusan Shahir mengembangkan bakatnya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahir Zawawi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..