” Cantiknya mama Myra.. ” -Netizen
Kongsi Gambar Bersama Ibunya, Perkongsian Amyra Rosli Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Patutlah Mira Cantik, Mama Dia Pun Cantik !!
Tidak dinafikan sejak mendirikan rumah tangga dan berhijab, kerjaya Amyra Rosli semakin meningkat naik. Bermula dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, kini selebriti cantik ini terus mengembang bakatnya menerusi pelbagai bidang.
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa pelakon Amyra Rosli telah menggantikan tempat Mira Filzah sebagai pengacara program Nona bermula 8 Ogos yang lalu, setelah Mira Filzah mengendalikan program tersebut selama tiga tahun.
Meninjau ke akaun Instagram, Amyra ada berkongsi satu gambar terbaru yang memaparkan dia bersama dengan ibu tersayangnya. Difahamkan gambar tersebut ketika Amyra sedang menjalani penggambaran program Nona.
Perkongsian gambar Amyra itu telah mencur1 perhatian ramai peminat. Ada yang menyatakan ibu Amyra kelihatan masih cantik dan gaya Amyra dan ibunya di dalam gambar tersebut seperti dua beradik. Memang nampak wajah ibu Amyra ni masih muda dan awet muda.
Ikuti perkongsian gambar tersebut.
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan Amyra dan ibunya. Antara komen-komen yang menarik adalah :
” Cantiknya mama Myra, macam ada kacukan arab skit lah Myra ni. Dah lama tak tengok gambar baru mama Myra.. “
” Cantiknya kakak dan mama. Nampak dah macam dua beradik pula gambar ni. Mama masih kekal awet muda lah.. “
” Pretty ladies lah. Kecantikan ibu Myra mewarisi oleh Myra lah. Semoga mama Myra sentiasa sihat slalu.. “
” Alahai lama tak tengok Kak Zaridah, semakin cun tengok. Teman anak buat penggambaran ke tu.. “
” Cantik lah Myra, sejak bertudung memang semakin cantik dan bertambah sopan. Semoga terus berjaya Myra.. “
” Mak dan anak, dua2 cantik. Seri gambar pun naik betul. Cantik pula tengok Myra pakai pakaian macam tu.. “
” MasyaALLAH, so cantik lah dua beran4k ni. Semoga Myra dan ibu sntiasa bahagia bersama, amin, amin, amin.. “
Memang masih cantik mama Amyra, patutlah ramai yang memuji. Sekadar info, ibu Amyra merupakan bekas Pengurus A&R di Warner Music Malaysia. Apa-apa pun, semoga ibu Amyra sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan Amyra sekeluarga dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..