” Kelakar la Bangmel ni, plot twist memang tak dijangka ni.. ” – Netizen
Video Celoteh Syamel Sebelum Keluar Bermain Futsal Bersama Kawannya Buat Peminat Terhibur. Amboi Bang Mel, Ni Baru Betul Beras Kita Beli. Part Last Tu Paling Win, Memang Plot Twist Sangat !!
Bakal bergelar ayah beberapa bulan sahaja lagi, penyanyi bersuara merdu, Syamel memang seorang yang suka berjenaka. Sifat humor yang ada pada dirinya itu membuatkan Syamel dan pasangannya, Ernie Zakri kerapkali mencuit hati peminat dengan gelagat mereka.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Syamel, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Syamel berkongsi cerita tentang dirinya yang ingin keluar bermain futsal. Dengan kapsyen tertulis ‘ memang beras kita beli, tapi dia yang masak ‘, video ini menggeletek hati peminat.
Di awal video, Syamel mengatakan bila terasa ingin bermain futsal, terus pergi sahaja dan tidak perlu meminta izin sesiapa pun. Kata Syamel dalam nada bergurau, dirinya tidak faham apabila ramai orang mengatakan apabila sudah berkahwin sus4h untuk keluar bermain futsal.
Mendengar suaranya cukup yakin sahaja Syamel ini, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Tiba-tiba terdengar suara Ernie di kerusi penumpang. Alahai patutlah berani sangat Bangmel, ‘madam’ besar ikut sama rupanya.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Syamel ini telah membuat rata-rata peminat terhibur. Bukan main lagi ayat dan ekspresi muka tu tau. Antara komen-komen peminat :
” Halah Bangmel ni haha, laa dia ikut sebelah rupanya. cara nak lepas bagi makanan je haha. Aa macam baby kat sebelah tu hehe.. “
” Haha kira boleh lepas dengan syarat bawak isteri sekali la eh haha. Alah comellah bud4k yang dekat sebelah tu, janji kasi makanan haha.. “
” Haha simpt0m pak pak sangat ni. Buat hal lah bangmel. Lawak la korang laki bini. Comel siap bantal, the key is food bangmel.. “
” Ini betul betul goodbye hello temanya ni haha, comel sangat bangmel dengan kak ninie ni. Tak perlu minta approval siapa siapa ye haha, padu bangmel.. “
” Haha ape ada hal, bawak jela wife sekali. Haha ad0i kelakar la bangmel ni. Plot twist dia memang tak dijangka ni.. “
” Meriah betul sweet couple ni. Sog0k dengan makanan lagi ad0i lah haha. mata tu tak tahan, sejam jerk haha.. “
” Cr4zy cutie pie lah kamu orang ni, sejam je taw haha. Sekali maam duduk kat sebelah daa haha, plot twist bangmel memang ser4m lah haha.. “
Kalau tak lawak memang tak sah si Syamel ni. Ernie pun sporting je, janji cukup bekalan makanan. Apa pun, semoga Ernie dan Syamel sentiasa gembira dan bahagia bersama. Kita tunggu bila baby BMKN junior lahir apa pula cara Bangmel untuk keluar bermain futsal haha. Good luck Bangmel.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..