” Woww tahniah Usop, lawa tunang.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Penyanyi Usop Cur1 Perhatian Ramai. Wahh, Cantik Lah Tunang Usop !!

Sebelum ini, telah diakui oleh penyanyi Usop bahawa dirinya sedang bercinta dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang. Namun tidak dikongsikan Usop secara umum gadis yang telah berjaya menamb4at hatinya itu.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Usop telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis pertunangannya. Difahamkan, nama tunang Usop tersebut adalah Nur Fatihah Md Hashim atau lebih dikenali sebagai Teha.

Menerusi satu kenyataan media, majlis pertunangan pasangan ini diadakan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang. Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Selain itu, gambar yang dikongsikan oleh Usop, kelihatan dirinya dan tunang cantik mengenakan pakaian berwarna biru lembut dan duduk di atas pelamin. Hingga kini, gambar-gambar yang dikongsikan oleh Usop itu telah mendapat ribuan tanda suka daripada followersnya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan tahniah kepada pasangan ini dan memuji tunang Usop sangat cantik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tahniah Usop. Cantik betul tunang Usop. Diam-diam dah bertunang. Semoga segala urusan mendirikan masjid nanti akan dipermudahkan.. “

” Woww, tahniah Usop, lawa tunang Usop. Selamat bertunang, moga segala urusan Usop dipermudahkan.. “

” Alhamdulillah, tahniah. Pandai Usop cari, segak sungguh tunang depa. Berseri-seri wajah macam kahwin.. “

” Tahniahhh copppp . Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan cepat-cepat kawen pulaa ya, amin.. “

” Tahniah Usop, selamat betunang. Orang utara juga pilihan hati Usop ya. Semoga langkah seterusnya dipermudahkan.. “

” Ishhh elok betul tunang Usop, model ka ni, tinggi betul orang dia. Apa-apa pun, tahniah Usop dan pasangan.. “

” Cantiknya, majlis macam bernikah. Huhu tahniah Usop, tak lama lagi akan bergelar suami pula, semoga dipermudahkan lah .. “

Cantiknya tunang Usop, patutlah ramai yang memuji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Usop dan Teha. Semoga segala urusan seterusnya untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Usop, Teha Richer, Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..