” Bukan main dia, siap menyanyi. Tak menahan kau dik.. ” – Netizen

Video Aksi Anak Sulung Shuib Sepahtu, Uwais Alqarni Bermain Parasailing Di Langkawi Raih Pujian Peminat. Wahhh Berani Betul Uwais, Hebatlah Anak Daddy !!

Shuib Sepahtu kini sedang bercuti bersama anak-anak dan beberapa ahli keluarga yang lain di Pulau Langkawi. Banyak perkongsian dari awal mereka berlepas di lapangan terbang KLIA sehinggalah tiba di Langkawi dikongsikan di Instastory Shuib.

Meninjau akaun Instagram Cerita Artis Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi anak sulung Shuib, Uwais Alqarni ketika membuat aktiviti parasailing ataupun paralayar bot di mana aktivitinya bermula dan berakh1r di atas bot.

Pada permulaan video, kelihatan Uwais sedang ‘terbang tinggi’ di udara bersama seorang jurupandu terlatih. Kelihatan kecil sahaja Uwais di atas udara sambil ahli keluarga yang lain di atas bot sedang menikmati pemandangan sekitar.

Ketika Uwais melakukan pendaratan di atas bot, kelihatan Uwais tersenyum sambil menyanyi lagu ‘ I Believe I Can Fly ‘ . Wah ada semangat dan keberanian yang tinggi si abang ini. Muka happy betul bila berjaya melakukan aktiviti mencabar ini.

Jom tonton video di bawah :

Aksi Uwais ini telah mendapat pelbagai respon daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Bagus Uwais berani, AllahuAkbar hebatlah kamu Uwais. Berani terbang tinggi. Bestnya aunty pulak ser4m tengok.. “

” Bukan main dia, siap nyanyi tak menahan kau dik. Comel je, bagusnya abang yang berani.. “

” Wow no 1 memang beranilah Uwais. Good boy Uwais, hebat. Rindu ibu bila tengok wajah Uwais ni.. “

Seorang anak yang berani Uwais ini, bukan semua kanak-kanak yang boleh melakukan aktiviti mencabar seperti ini. Kebiasaannya ramai yang gay4t dengan ketinggian. Bukan hanya Uwais, malahan adiknya Matin juga turut melakukan aktiviti ini kerana seronok melihat abangnya ini.

Keberanian Uwais ini membuatkan ramai peminat yang kagum. Abang yang berani dan kuat semangat sama seperti daddynya. Apa pun, semoga Uwais gembira dengan percutian kali ini dan mencipta banyak kenangan manis bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cerita Artis Malaysia, IG Siti Sarah Raissuddin, IG Suciuwais

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..