” Seronoknya macam lawatan sekolah dah.. ” – Netizen

Video Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Bersama Isteri Dan Anak-Anak Pulang Ke Kampung Halaman Menaiki Van Raih Perhatian Peminat. Wah Seronoknya Tengok Gelagat Anak-Anak. Si Kecil Amelia Paling Happy !! 

Memiliki anak-anak yang ramai pastinya riuh dengan pelbagai keren4h dan telatah. Bagi angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau sememangnya mengimpikan untuk memiliki keluarga yang besar.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan gelagat mereka sekeluarga ketika ingin pulang ke kampung. Oleh kerana rentas negeri telah pun dibenarkan, maka Seremban menjadi arah tujuan mereka.

Menurut Dato’ Dr Sheikh, walaupun dia dilahirkan di Selangor namun Seremban adalah kampung halamannya. Memandangkan kereta yang dimilikinya tidak mampu menampung mereka berlapan, Dato’ Dr Sheikh meminjam van milik restoran Rebung.

Dengan lagu tema Balik Kampung, comel sahaja anak-anak Dato’ Dr Sheikh beratur untuk menaiki van. Semua nampak gembira termasuklah si kembar Emelia dan Eusoff. Nampaknya Dato’ Dr Sheikh perlu mencari MPV yang lebih besar selepas ini.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat anak-anak Dato’ Dr Sheikh ini telah menjadi tarikan peminat. Kakak-kakak dan abang-abang behave semuanya. Si Emelia pun alahai buat ramai yang ger4m. Antara komen-komen mereka :

” Suka tgok family berbaris nak masuk van. Safe drive doc, suka je diorang dapat naik van balik kampung. Si emelia tu senyum manisnya.. “

” Seronoknya macam lawatan sekolah dah. Pandai semua tunggu turn nak masuk van. Suka tengok senyuman Emelia, precious senyum tu.. “

” Happy holiday Dr and family. Have a safe journey. siap beratur nak naik van. Emelia pun macam paham je nak balik kampung, senyum manis bukan main lagi. Melt1ng tengok.. “

” Haha Dr berdua memang selalu kreatif. Seronok Emelia dapat balik kampung, senyum simpul lagi si kecil ni.. “

” Semua duduk belakang nak penuhkan seat, memang terasa exc1ted nak balik kampung camni. Macam balik sambut raya pulak rasa. Meriah sangat.. “

” Comelnya pakat que nak masuk van, meriahh big family. Emelia punya senyuman tu sukanya tengok. Sukalah tu dapat balik kampung, senyum pun ca1r kita tengok.. “

” Haha seronoknya Emelia tu, jat0h hati dengan senyuman Emelia. Bagus semua beratur ikut turn, ala-ala rombongan pun ada ni. safe journey Dc.. “

” Comel everyone beratur nak naik van even Dr Halina pon. Meriah tengok keluarga dr ni. Emelia pun sama naik happy tu sengih. safe trip everyone.. “

Keluarga besar yang meriah dan penuh dengan keceriaan. Apa pun, semoga perjalanan Dato’ Dr Sheikh perg1 dan balik selamat dan semua menikmati masa bersama insan tersayang di kampung halaman. Stay safe dan happy selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..