” Dah macam girlfriend p4ksa boyfriend support dia punya video eh.. ” – Netizen

Siti Nordiana Kongsi Video Bersiar-Siar Bersama Anak Terunanya, Rayyan Nakhaie Raih Tumpuan Ramai. Alahai Manja Sangat Mamanya Berkepit Dengan Anak. Sampai M4lu-M4lu Rayyan Dibuatnya !!

Masih kekal statusnya sebagai ibu tunggal, penyanyi bernama Siti Nordiana ini sentiasa kelihatan gembira dengan kehidupannya. Nana mempunyai seorang anak hasil perkahwinan bersama arw4h Mohd Faizal bernama Rayyan Nakhaie.

Untuk rekod, Rayyan kini sudah pun menginjak ke alam remaja dan berusia 13 tahun. Meninjau akaun Instagram Siti Nordiana, telah dikongsikan satu video baru Nana bersama Rayyan yang sedang bersiar-siar menikmati pemandangan malam.

Rayyan yang semakin tinggi daripada Nana membuatkan Nana nampak kecil sahaja. Dengan tubuh Rayyan yang besar membuatkan ada segelintir peminat menyangka Nana bersama kekasih hatinya. Ini dapat dilihat di ruangan komen posting Nana ini.

Menurut Nana, agak sukar untuk mengambil video bersama anak terunanya ini sekarang. Apatah lagi dengan gelagat Nana yang memaut lengan Rayyan, lagilah bertambah m4lu dan segan Rayyan dibuatnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Nana ini mendapat perhatian daripada peminat dan ramai yang menegur ketinggian yang dimiliki oleh Rayyan. Sekali pandang memang macam pasangan kekasih pun ada. Antara komen-komen mereka :

” Hero dah besar dia. Ingat lagi dulu, masa tu dia umur 5 tahun kot masa akak jumpa. Fuh masa berlalu begitu cepat.. “

” Haha macam kakak dengan adik. Silap haribulan orang ingat boyfriend Nana. Anak lelaki bila dah besar memang sus4h nak diajak bergambar.. “

” Tingginya Rayyan macam abang Nana dah. Kalau yang tak tahu ingat boy friend nana dah hihi. Kena lak berkepit camtu haha.. “

” Sweetnya dua dua ni. Semoga Rayyan Nakhaie menjadi anak yang soleh dan menjaga namanya sebaik mungkin.. “

” Ingatkan Nana dengan boyfriend. Lepas baca baru faham haha. Hero ni je yang tahu sus4h senang mak dia.. “

” Dah macam girlfriend p4ksa boyfriend support dia punya video eh. Rayyan redho sangat tu haha. Comel ja dua beranak ni, mamanya tetap kecil.. “

” Mama tinggi bahu Rayyan ja, alhamdulillah boleh jaga mama. Kenapa terasa seb4k pula ya walaupun tengah tersenyum lihat nana dan rayyan.. ”

Bila anak teruna dah besar macam ni lah gayanya. Rasanya bukan Rayyan seorang sahaja begini, hampir semua anak lelaki begini, m4lu-m4lu. Apa pun, seronok melihat keakraban Nana dan Rayyan dan semoga kedua-duanya dilindungi Allah selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..