” Dah besar Zara, nak sama tinggi dengan mummy dia lah.. ” – Netizen

Datuk Adi Putra Kongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Anaknya, Zara Adelia Yang Ke- 9 Tahun Cur1 Perhatian Peminat. Dah Besar Dah Zara, Cepat Betul Masa Berlalu !!

Zara Adelia, si comel yang menambahkan lagi kebahagiaan dalam hidup aktor kacak kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra dan isterinya, Datin Zuhaida Yusof. Seperti yang sedia maklum, Zara diambil sejak bayi lagi dan dijadikan sebagai anak angkat bagi pasangan ini.

Meninjau di akaun Instagram, Datuk Adi telah berkongsi sekeping gambar bersama dengan keluarganya menyambut hari lahir Zara. Bersama dengan gambar itu, Datuk Adi menulis kapsyen memberitahu ianya merupakan sambutan hari lahir Zara Adelia yang ke- 9 tahun.

Selain itu, Datuk Adi turut menulis kata ucapan buat anak tercintanya. Untuk pengetahuan, sebelum ini Datuk Adi pernah berkongsi cerita pada postingnya yang lain bahawa anaknya ini tidak boleh bercakap dan mendengar.

Hingga kini, perkongsian gambar tersebut mendapat 4 ribu lebih tanda suka. Alahai dah besar anak d4ra Datuk Adi dan Datin Zuhaida ni yer. Cepat betul masa berlalu, sekejap sahaja rasanya melihat Zara telah membesar.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Zara dan mendoakan yang baik-baik buatnya. Antara komen-komen netizen adalah :

 ” Dah besar Zara, nak sama tinggi dengan mummy dia lah. Alhamdulillah, selamat hari lahir Zara, moga jadi anak yang solehah.. “

” SANAH HELWAH princess comel, semoga menjadi anak yg solehah dan membanggakan kedua org tuanya, amin.. “

” Alhamdullilah, Subhanallah, Allahuakhbar. Semoga di panjangkan usianya. Menjadi anak yang solehah, Amin amin amin.. “

” Kejap masa berlalu, dah besar Zara ni. Manis senyuman dia. Anak yang baik ni, selamat hari lahir sayang, moga terus membahagiakan ayah dan ibu mu.. “

” Alhamdulillah Happiest Birthday Anakda Zara Adelia. Semoga menjadi ank yg solehah, amminn. Much Love, Aty and Family.. “

“Selamat hari lahir princess Zara Adelia. Moga panjang umur, jadi anak solehah, bahagia dan selamat dunia akhir4t. Aamiin.. “

” Mabruk alfah mabruk akak, panjang umur sehat selalu akak semoga ditetapkan imannya dimudahkan rizkinya dilancarkan kairinya semoga selalu dalam lindungan Allah.. “

Wahh dah besar anak d4ra Datuk Adi ni, manis orangnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Zara, semoga Zara diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat serta kebahagian bersama yang tersayang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Adi Putra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..