“Jung Jae versi Malay, last guli versi happy. Comel Maryam, haha.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Bersama Suaminya, Ryzal Ibrahim Bermain Congkak Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai, Comel Jer Tengok Bakal Ibu Ni Seronok Bila Dia Dah Menang, Haha !!

Wanita yang berasal dari Korea Selatan, Maryam You Narae telah menjadi perhatian ramai netizen setelah dirinya mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Malaysia iaitu Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim.

Pasangan ini juga sangat popular di laman media sosial dengan perkongsian video-video yang menghiburkan mereka. Kini, Maryam dan Ryzal yang telah menetap di Malaysia bakal menyambut cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Meninjau di akaun Instagram Duriakimchi, telah berkongsi satu video yang memaparkan Ryzal bersama Maryam sedang bermain permainan congkak. Melihat pasangan ini bermain ramai yang terhibur hati kerana Ryzal sering menyak4t isterinya.

Dapat dilihat di dalam video tersebut Maryam telah memenangi permainan congkak. Melihat keterujaan Maryam yang menunjukkan sebiji guli terakhirnya itu pada kamera sangat mencu1t hati.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen ramai yang terhibur melihat pasangan suami isterinya bermain congkak dan saling menyak4t antara satu sama lain. Antara komen-komen netizen adalah :

“Jung Jae versi malay, last guli versi happy, haha comel Maryam. Layankan jalh Ryzal, tak lama lagi Maryam nk bersalin dah, haha.. “

” Hahahaha mesti Maryam tak sangka kan, dia menang permainan tu. Comel lah part dia jer1t tjuk guli tu.. “

” Kec0h tak pe, sebab dia menang, haha. Memalam main congkak, jangan pandang belakang congkak sudah lah, hahahahahaha.. “

” Comel lah ibu mengandung ni main congkak. Suka tengok perang4i Maryam dengan Ryzal, kelakar habis, tak pernah tak terhibur tengok korang.. “

” Comelnyaaaaa, nampak perut dah menurun tu, tak lama dah nk bersalin Maryam ni, semoga segala urusan Maryam bersalin dipermudahkan.. “

” Haha Ryzal tak puas hati lah tu, ada ja dia yang betul, patut rajin kena t4mpar dengan Maryam, kuat sak4t Ryzal ni.. “

” Layan ibu isteri ngandung besar pahala suami. Sweet tengok walaupun perang4i sorang-sorang memang kelakar.. “

Ada juga netizen yang menyamakan Maryam seperti pelakon ‘Squid Game’ iaitu Lee Jung Jae menerusi babak permainan guli dalam filem tersebut. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap, semoga segala urusan Maryam untuk melahirkan anak tidak lama lagi akan dipermudahkan.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Duriankimchi, Ryzal Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..