” Comelnya kak Shila, darjah 4 ke tu.. ” – Netizen

Shila Amzah Kongsi Gambarnya Ketika Di Zaman Sekolah Rendah Raih Perhatian Warganet. Alahai, Dari Kecil Sampai Besar Muka Tak Banyak Berubah !!

Meninjau ke akaun Instagram penyanyi Shila Amzah, p0sting terbaru Shila telah meraih perhatian para pengikut akaun Instagramnya. Shila telah memuatnaik gambarnya ketika kecil pada tahun 1999.

Gambar tersebut dirakamkan ketika Shila menyertai sebuah pertandingan nyanyian di peringkat sekolahnya. Shila yang lengkap perpakaian baju kurung berwarna pink nampak begitu comel dan wajahnya tidak banyak berubah sehingga dewasa.

Shila merupakan pelajar SK Danau Kota dan turut bertanya kepada pengikut akaun Instagram sama ada mereka juga bersekolah di sekolah yang sama. Dapat dilihat di ruangan komen beberapa orang yang sama sekolah dengannya.

Shila sememangnya seorang yang berbakat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Maklumlah Shila mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya iaitu ND Lala. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ada juga netizen yang berkongsi kenangan ketika bersama Shila dan juga bapanya. Antara komen-komen yang diberikan ;

” Hii adik sekolah rendah… darjah 4 ke tu…. dari atas sampai bawah pink.. Pernah tengok shila nyanyi kt skdk dr kcil berbakat.. “

” Kita pernah bertanding menyanyi sama. Bintang kecil Tong Garden. Awak no.1 nyanyi lagu Zapin yang Tinggal.. “

” Kak shila comelnya kak shila.. satu sekolah dgn sha. tp sha kelas depan.. Saya peminat setia kak shila.. suara sedap.. “

” Wow siapa tu.. so cute kakak.. Ni zaman shila techno ke…  saya 1998. Ingat dulu kita masuk koir untuk BSN Kelab Penabung Muda hehe .. “

” Saya pernah keje De Palma Hotel Ampang suatu ketika dahulu. Ketika itu ND Lala berurusan dgn kami utk event / meeting.. “

” Alhamdulillah masa ni masih terapung di alam lain.. heheh.. Saya terkesan dgn sikap ayah shahilaamzah yg sungguh ramah dan berbudi bahasa. kirim salam pada dia ya.. “

” Tahun 1999 kan kalau Tak slp ni ? sy ada juga masa ni. wakil sekolah pertandingan boria. shila masa ni buat persembahan sementara nak tau pemenang.. “

Shila sememangnya tidak mensia-siakan bakat nyanyian kerana itu sehingga kini Shila sudah terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Semoga Shila Amzah terus berjaya dalam kariernya dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..