” Ibu bucuk lah, siap tutup hidung tu paling tak tahan, comel.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Bersama Ibunya, Datuk Siti Nurhaliza Ketika Mahu Pergi Belajar Buat Ramai Terhibur. Alahai Boleh Pulak Aafiyah Cakap Ibu Bucuk Yer, Comel Sungguh Gelagat Aafiyah !!

Siti Aafiyah Khalid, si kecil ini juga seperti ibunya, Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai ramai peminat. Meninjau ke Instagram, ramai peminat-peminat Aafiyah telah mewujudkan akaun untuk berkongsi perkembangan Aafiyah buat tontonan ramai.

Terbaru, telah dikongsikan satu video menerusi akaun Instagram Aafiyah Khalid gelagat Aafiyah sebelum ke ‘sekolah’. ‘Sekolah’ yang dimaksudkan adalah surau di rumah Datuk Siti yang dijadikan tempat belajar Aafiyah.

Sebelum Aafiyah bergerak ke ‘sekolah’, Aafiyah telah pergi berjumpa dengan ibunya. Namun gelagatnya yang menutup hidung ketika bertemu Datuk Siti Nurhaliza sangat mencu1t hati. Manakan tidak, ketika itu Datuk Siti baru sahaja selesai mengemas rumah dan dirinya berkeadaan berpel0h.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai makin bijak gaya Aafiyah sekarang. Paling comel bila Datuk Siti tanya belajar rajin-rajin, Aafiyah nak apa ? Dijawabnya hanyalah aiskrim.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur menonton akan perkongsian video gelagat Aafiyah itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ibu bucuk lah, siap tutup hidung tu paling tak tahan, haha comel betul lah budak ni. Belajar rajin-rajin ya Aafiyah.. “

” Amboi cakap ibu bucuk ya, haha terkedu ibunya pun nk menjawab. Comel lah Aafiyah ni, jadi anak yang baik ya.. “

” Hahahaha nak aiskrim jawabnya. Belajar rajin-rajin ye budak comel, makin besar memang sebiji muka ibu.. “

” Bau sangat ker ibu, ampai tak lepas nafas makcik kecik tu, haha. Ada je peranga1 comel Aafiyah ni.. “

” Huhu penghibur hati ibu betul lah Aafiyah ni. Amboi bucuk-bucuk pun last pel0k juga ibu ye Aafiyah, huuhu.. “

” Manisnyer akak Aafiyah g sek, pandai laa kan dah jadi kakak. Nnti pimpin adik Afwa plk g sesama ok kakak Aafiyah.. “

” Comel lah bila dia buat muka n tutup hidung tu. Memang Siti junior betul Aafiyah. Laju jer cakap nk aiskrim lps belajar rajin-rajin.. “

Comel lah tengok gelagat Aafiyah, memang anak yang bijak. Apa-apa pun, semoga Aafiyah dan Afwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan soleh buat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Silakan SHARE…

Sumber : IGĀ  Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..