” Wah lengg0k menurun mama, memang Anis Suraya junior betul.. ” – Netizen
Video Nyanyian Anak Anis Suraya Raih Pujian Peminat. Wah Saling Tak Tump4h Suara Mamanya. Lunak Merdu, Pelapis Mama Ni !!
Penyanyi ini pernah popular menerusi lagu Cinta Tersimpul Rapi sekitar tahun 1999 dahulu. Sudah lebih 20 tahun berlalu, namun nama Anis Suraya masih lagi terpahat dalam hati peminat. Anis juga pernah mengharumkan nama negara apabila menggo0ndol gelaran Juara Voice of Asia.
Anis yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Shawn Baharin ini kini menetap di Terengganu bersama suami dan anak-anaknya. Meninjau akaun Instagram Anis Suraya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan nyanyian daripada anak sulungnya, Puteri Elisya Farzana.
Elisya telah pun berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia Peringkat Sekolah sempena bulan kemerdekaan Malaysia baru-baru ini. Hati ibu mana yang tidak bangga melihat usaha gigih anak tersayang membuahkan hasil.
Anis turut memohon agar peminat dapat memberikan komen dan nasihat yang membina untuk anaknya ini. Mendengar suara Elisya, nyata Elisya mewarisi bakat nyanyian mamanya ini. Lengg0k yang sama dan sedap didengar.
Jom tonton video di bawah :
Dendangan suara Elisya ini telah mendapat banyak pujian daripada peminat. Rata-ratanya mengatakan suara Elisya seperti suara Anis. Antara komen-komen peminat :
” Masya Allah, anak mama sungguh ni. Cheno ulang ulang dengar pun tak puas pandang dan dengar.. “
” It really runs in the family. Teringat zaman lagu Sinaran dulu. Wah lengg0k menurun ibu yea. All the best dik. Sedap sangat suara.. “
” Tahniah, teringat b masa kecik menyanyi. Bolehlah Elisya buat show sekali dekat fru Terengganu.. “
” Wajah ayu, suara merdu. Masha Allah, tabarakallah betul betul anak mama ni. Mewarisi mamanya sebijik sedibik. Tahniah dik.. “
” Tahniah sedap suara macam bondanya jugak. Ini memang betul Anis Suraya Junior. Secantik dan semerdu mamanya.. “
” Wow, bestnya suara anak dar4 Anis ni. Iras-iras suara Syazliana pun ada. Sebijik macam Anis masa muda muda dulu.. “
” Sedapnya suara dia, dahla muka macam mama. Suara pun sama merdu macam mama jugak. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Mak b0rek, anak rintik.. “
Betullah kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Andai terus digilap tentunya Elisya berpeluang untuk mencipta namanya sendiri pada masa hadapan. Apa pun, tahniah atas kejayaan ini dan semoga lebih banyak lagi kejayaan yang dapat dicapai oleh Elisya selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anis Suraya, Portal Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..