” Sebijik muka Kak Fasha, confius kejap mana satu Fasha.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Gambar-Gambar Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Fasyina Sandha. Ramai Peminat Yang Kata Muka Fasyina Iras Betul Dengan Fasha. Dah Macam Kembar !!

Fasha Sandha antara nama bintang besar yang mempunyai ramai pengikutnya. Lihat sahaja akaun sosial Fasha Sandha, sehingga kini telahpun merekodkan seramai 5.2 juta pengikut. Seorang yang penyayang, cara Fasha melayani keluarganya sering menjadi perbualan peminat.

Selain Elisya Sandha, Fasha juga mempunyai seorang lagi saudara kandung perempuan bernama Nur Fasyina Sandha. Menerusi akaun Instagram Fasha, telah dikongsikan beberapa keping gambar terkini mereka sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran Fasyina.

Dengan ucapan ringkas mengucapkan selamat hari lahir, Fasha turut mencoretkan doa agar kesayangannya ini berbahagia selalu dan akan berjumpa dengan jodoh yang terbaik pada masa akan datang.

Turut disediakan pada majlis ini sebiji kek yang dilukis gambar Fasyina dan tertulis perkataan ‘ Baby Syina ‘ di atasnya. Walaupun hanya makan-makan bersama keluarga, pastinya ini menjadi moment indah untuk Fasyina.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting oleh Fasha ini meraih perhatian daripada peminat. Rata-ratanya mengatakan wajah Fasha dan Fasyina nampak serupa. Antara komen-komen peminat :

” Sebijik muke mcm kak fasha. Sy keliru mana satu fasha yg baju hitam ke atau baju biru. happy birthday si cantik kak fasyina sandha.. “

” Muka Fasha dengan Fasyina lebih kurang sama, dua-dua lawa. Cantiklah semua adik beradik ni. Happy birthday sis.. “

” Muka sebiji Fasha, happy birthday sis Fasyina. Semoga sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan.. “

” Happy birthday Fasyina, semua cantik cantik siblings kak Fasha ni. Confius kejap mana satu Fasha mana satu u hehe. Serupa.. “

” Selamat hari lahir baby Syina. Semoga panjang umur, sihat sentiasa dan dilindungi dan dirahmati Allah.. “

” Adik beradik semua lawa, happy birthday baby Syina. Dah let0p ye sekarang, nampak slim dan makin bergaya.. “

” Cantiknya semua, muka sama la Fasha dengan Syina. Cuma sister Fasha chubby sikit je, yang lain photostat terus.. “

Antara gambar-gambar lain yang turut dikongsikan oleh Fasha :

Namapun adik beradik, nampak iras itu pasti ada walaupun sedikit iye tak. Apa pun, adik beradik Fasha memang semuanya cantik dan kacak belaka. Selamat hari lahir Fasyina dari kami di Berita Kopak dan semoga dimakbulkan Allah segala impian dan cita-cita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, IG Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..