” Sanah helwah sister, barakallah fii umrik.. ” – Zizi Kirana

Gambar-Gambar Nur Fazura Bersama Dua Rakan Tersayang Menyambut Malam Ulang Tahun Kelahirannya. Wah Tambah Berseri Sekarang Fazura, Kek Birthday Pun Cantik !!

Nur Fazura adalah antara selebriti yang mempunyai ramai peminat. Malah ada sahaja perkongsian oleh dirinya di media sosial pasti menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi kini dia sudah pun bergelar seorang ibu.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fazura, telah berkongsi beberapa gambar dirinya bersama sebiji kek dan rakan-rakannya. Malah untuk pengetahuan, esok merupakan hari ulang tahun kelahiran Fazura.

Tulis Fazura pada posting, sudah menjadi tradisi tahunan untuk dia menyambut malam hari lahirnya itu bersama dua rakan tersayangnya. Menerusi gambar yang dikongsikan Fazura itu kelihatan bersama adalah model Iman Mohamed Osman dan Nazreem Musa.

Berpakaian serba lengkap berwarna hitam, Fazura yang kini sudah bertudung kelihatan begitu berseri. Hingga kini perkongsian Fazura yang baru sahaja dimuatnaik ke Instagram itu telah mendapat lebih lebih 45 ribu tanda suka dan ratusan komen.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan peminat-peminat turut memberikan kata ucapan hari lahir kepada Fazura. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happy birthday Miss Fazura bahagia lahir batin.. ” – Luna Maya

” Sanah helwah sister ,barakallah fii umrik.. ” – Zizi Kirana

” Happy birthday.. ” – Fasha Sandha

” Happy birthday my dear, may all the best wishes be with u as always.. ” – Datuk Chef Wan

” Happy birthday Miss Fazura semoga Allah panjang kan umur dimurahkan rezeki diberi kesihatan dilimp4hi rahmat.. “

” Happiest Birthday dear Fazura, Stay gorgeous. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.. “

” Cantiknya Fazura, selamat hari lahir, semakin tambah usia, semakin cantik lihat Fazura.. “

Manis senyuman Fazura semenjak bertudung ni kan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Fazura, semoga Fazura sentiasa bahagia bersama suami tersayang, Fattah Amin dan anaknya, Nur Fatima Aisya .

Silakan SHARE…

Sumber : IG Nur Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..