” Dah ada cucu ? Wow atuk maintain baby face ni.. ” – Netizen
Naszeli Ngasri Kongsi Gambar-Gambar Bersama Cucu Sulungnya Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Jadi Atuk Dah Boy. Atuk Nampak Muda, Wajah Tak Dimamah Usia. Cucu Pun Comel Macam Atuk Dia !!
Bagi peminat dunia seni tanahair, keluarga Ngasri bukan lah nama yang asing lagi. Naszeli, Bell, Anne dan Darling ke semuanya masih lagi aktif dalam bidang seni dan di sebalik tabir. Si sulung Naszeli sekalipun jarang muncul, namun perkembangannya boleh dilihat di laman media sosial miliknya.
Jika sebelum ini Naszeli ada berkongsikan gambar bersama anak sulungnya, Innas Sofea yang berpakaian pengantin. Kini Innas telahpun selamat melahirkan anak sulungnya dan ini dimaklumkan oleh Naszeli di Instagramnya.
Hasil tinjauan kami di Instagram Naszeli Ngasri, beberapa posting berbeza yang memperlihatkan wajah Naszeli bersama Innas dan cucunya, Adriel Idhen. Siapa sangka, Naszeli yang masih berwajah baby face ini sudah menjadi datuk.
Tulis Naszeli di kapsyennya, dia kini sedang sibuk menjaga cucu dan memaklumkan ini cucu pertamanya. Naszeli juga turut mengucapkan tahniah untuk Innas dan menantunya, Akram kerana sudah selamat bergelar ibu dan ayah dalam musim pandem1k yang mencabar ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sememangnya wajah Naszeli sejak muda sehinggalah sudah bergelar atok tak banyak berubah. Peminat juga menyifatkan Naszeli awet muda orangnya. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah, tahniah. wow abang dah jadi atok dah. Atok muka awet muda, tak tua-tua pulak tu. You never age haha.. “
” Atuk maintain muda, Alhamdulillah. tahniah boy dah jadi atuk. tahniah juga Inas dan Hubby untuk Baby Boy.. “
” Dah ada cucu ? Woow atuk maintain baby face ni. muda lagi atok hehe. Anyway, congrats Naszeli.. “
” Congrats Naszeli dan Inas.. comelnya baby boy. wah grandpa still maintain young forever. selamat melayan cucu. selamat menjadi grandparents.. “
” Alahaii cucunya comel sangat. atuk pulak kekal je cenggitu sejak 80an rupanya, camna tu. muda selalu atuk ni.. “
” CONGRATZ inassofea being a Mommy now, And also CONGRATZ to the Forever Young ‘Dorian Gray’ , naszeli ngasri for being a Grandpapa now.. “
” Congratulations Abg boy. Dah dapat pangkat Baru “Atok”. Mcm Ayah dan baby je tengok ni, atok muka muda sangat.. “
” Alhamdulilah, ni bapak dgn anak, dah macam abang dengan adik je. awet muda btol bapak. ni naik pangkat jadi atok, hai lah atuk muda trang tang tang lagi haha.. “
Meriahlah keluarga Naszeli dengan kehadiran Adriel yang comel ini. Tahniah dari kami di Berita Kopak untuk Naszeli sekeluarga atas kelahiran cucu pertama ini. Semoga Adriel menjadi anak yang soleh dan membesar dengan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Naszeli Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..