” Dengar anakanda jawab macam tu mesti tak sangka kan, haha.. ” – Netizen

Video dan Gambar-Gambar YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bersama Anakanda-Anakandanya Meraikan Kejayaan Pasukan JDT Di Stadium. Part Video Che’ Puan Khaleeda Menyak4t Salah Seorang Anakandanya Tu Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Betul Jawabnya !!

Semestinya setiap perkongsian YAM Che’ Puan Besar Khaleeda di akaun Instagram rasminya menjadi perhatian umum. Lebih-lebih lagi setelah Che’ Puan Besar Khaleeda melahirkan cahaya mata barunya, iaitu Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Terbaru, Che’ Puan Besar Khaleeda telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya bersama anakanda-anakandanya pergi ke stadium memberi sokongan untuk pasukan bolasepak JDT seterusnya meraikan kejayaan JDT yang merangkul gelaran juara.

Che’ Puan Besar Khaleeda dilihat cantik bergaya mengenakan baju berwarna hitam manakala tiga anakandanya mengenakan baju jersi bolasepak JDT. Malah turut kelihatan puteri kecil Che’ Puan Besar Khaleeda ada bersama memberikan semangat kepada team babah mereka.

Perkongsian oleh Che’ Puan Besar Khaleeda itu telah mencur1 perhatian ramai. Manakan tidak, ada sebuah video yang telah dirakamkan sendiri oleh Che Puan Besar Khaleeda mengenai gelagat anakanda-anakandanya di dalam kereta buat ramai yang menonton terhibur.

Jom ikuti perkongsian gambar-gambar dan video tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan tahniah buat pasukan bola sepak JDT dan terhibur menonton video gelagat anakanda-anakanda TMJ dan Che’ Puan Besar Khaleeda. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tak sangka dia nak jawab ‘ alam4k’ tu, kelakar betul. Dengar ada kelas ter0k tep0k dahi yer, haha.. “

” Alamak, cute yer HAHAHA cmne nii nak tak nak kene gi class, nanti mama jadi lion lah sayang yer. Bijak betul gayanya tu.. “

” You don’t always get what you wish for, but you get what you work for. Congrats Champion JDT.. “

” Alhamdulillah. congrats jdt, alamak ad kelas esok. Hehehe terhibur tengok gaya masing-masinh dalam video tu, sangat comel.. “

” Haha tertawa Che’ Puan dengar anakanda tersayang jawab mcm tu yer, mesti tak sangka kan jawapan yang dia bagi tu.. “

 ” Alhamdulillah tahniah JDT menang. Seronok tengok keluargaa diraja ni, happy family betul, sama-sama bagi semangat.. “

” Comel ah, siapa tu, sebab tak nampak video gelap. Suara tu memang comel lah. Suka tengok video gambar Che Puan dan anak-anak.. “

Alahai comel-comel puteri-puteri dan putera-putera Che’ Puan Besar Khaleeda dan Tunku Ismail. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat pasukan bolasepak JDT atas kemenangan mereka.

Silakan SHARE…

Sumber : IG YAM Che’ Puan Besar Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..