” Muka awet muda lah, makin cantik As.. ” – Netizen

Gambar Terkini Penyanyi As Feminin Raih Perhatian Peminat. Semakin Cantik As Sekarang, Ayu Bertudung. Awet Muda Sungguh !!

‘ Kita bersama menjejak mimpi, terp1sah sementara ku pasti ‘. Lirik lagu berjudul Untukmu ini pastinya tidak asing untuk peminat era 90-an. Dinyanyikan oleh kumpulan wanita, Feminin, ianya salah sebuah kumpulan wanita yang mendapat perhatian pada waktu itu.

Untuk rekod, Feminin dianggotai oleh 5 orang ahli dan salah seorang daripadanya adalah Asfarina atau mesra dengan panggilan As. Walaupun As sudah tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, perkembangannya dapat diikuti menerusi akaun sosial miliknya.

Meninjau akaun Instagram Aa19_as, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru As. Sudahpun berimej berhijab, As tidak banyak berubah wajahnya berbanding zaman remaja dahulu. Anggun bertudung hitam, kapsyennya tertulis ‘ Assalamualaikum ‘.

Banyak lagi gambar-gambar dan video As bersama keluarga dapat dilihat dalam akaun Instagramnya ini. Pada perkongsian terdahulu juga, As ada berkongsikan sedikit nyanyian lagu hari raya Feminin dan suaranya masih lunak merdu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah As yang tampak berseri ini mendapat pelbagai respon daripada peminat. Ramai yang memuji kecantikan As dan antara komen-komen mereka :

” Awet muda ni, still maintain kecantikan As tu. Tak berubah dari zaman muda belia sampailah sekarang. Makin jelitalah As.. “

” You are the beautiful person As. Muka awet muda lah, makin cantik. Apa rahsia tu, kongsilah tip untuk kami hehe.. “

” Cantiknya As, idola saya dulu ni. Baru tadi tonton kat channel 6, Hiburan Minggu Ini kak As bertiga dengan kumpulan Feminin nyanyi lagu Untukmu.. “

” Rindunya dengan anggota Feminin. Cepat sungguh masa berlalu, As tetap nampak muda macam dulu kan. Makin cantik bertudung.. “

” Kak As yang sangat manis dari dulu hingga kini dan selamanya. Crush zaman sekolah ni hehe, makin lama makin cantik.. “

” Cantiknya kakak ku ini, rindu nak dengar kak As nyanyi. buatlah comeback dengan anggota Feminin yang lain, mesti gemp4k.. “

” Sweet selalu As ni, sama macam dulu-dulu. Idola kita feminin ni dari zaman sekolah lagi. Makin lama makin cantik di pandang lah As.. “

Sudah melepasi umur 40an pun, masih tetap manis dan jelita wajah As. Manalah peminat tidak katakan As awet muda, tak nampak berusia wajah itu. Semoga As berbahagia selalu bersama keluarga tersayang dan stay safe. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aa19_as

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..