” Alhamdulillah doa dimakbulkan dapat baby no 4, t1nggal nak 1 je lagi.. ” – Aeril Zafrel

Aeril Zafrel Kongsi Berita Gembira Isterinya, Wawa Zainal Sedang Hamil Anak Ke 4. Amboi Aeril, Belum Apa-Apa Dah Request Lagi 1 Yer, Hehe. Betul Lah Khabar Angin Sebelum Ni, Tahniah. Baby Bump Wawa Tu Comel Je !!

2 hari lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ada berkongsikan gambar ketika sambutan ulangtahun anak sulung mereka Attar. Posting mereka berdua juga dihuj4ni dengan pertanyaan daripada peminat yang menegur Wawa kelihatan seperti mempunyai baby bump. 

Pertanyaan ini akh1rnya terjawab apabila Aeril berkongsikan satu khabar gembira sebentar tadi. Menerusi akaun Instagram Aeril Zafrel, aktor ini mengesahkan isterinya itu ye sedang hamil. Aeril turut mengungkapkan rasa syukur kehadrat Allah kerana doanya untuk mendapat zuriat lagi dimakbulkan.

Tulis Aeril lagi tinggal impiannya untuk ada seorang lagi cahayamata selepas ini. Selain itu juga, Aeril memohon doa daripada semua peminat agar Wawa dipermudahkan untuk melahirkan anak mereka ini tidak lama lagi.

Dalam video yang dipaparkan ini, turut dimasukkan gelagat Wawa memegang perutnya yang sudah jelas nampak besar. Video ketika Wawa membuat pemeriksaan baby dan scan juga ada ditunjukkan. Alahai sudah nampak jelaslah muka baby Aeril dan Wawa ini.

Jom tonton video di bawah :

Berita gembira ini disambut dengan gembira oleh peminat. Rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah untuk pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Uishhh tau2 nk no 4 dah.. Subhanallah.. murah rezki aireil n Wawa. Tahniah.. P/s jgn ttup kilang dlu ye.. Baby senyum macam pak dia lagi hihihi.. dah brpe weeks tu bang.. “

” Wah tahniahh kak w4w4_zainal.. Moga ibu & baby sentiasa dalam lindungan Allah.. Alhamdulillahh really love this family.. Tahniah mr president.. “

” Alhamdulillah yeayy.. Tahniah, take care & stay safe ya boss Wawa.. semoga di permudahkan amin.. Buat team futsal bang.. “

” Alhamdulillah dh agak.. Pantasssss.. Semoga dipermudahkan amin.. Semoga w4w4_zainal sentiasa dalam lindungan Allah. Sihat mom n baby.. “

” Hurmm.. dh agak dh, sbb time birthday attar tu, sy dh nmpk perut besr lain masyam, pape pon congratulations.. Semoga sntiasa dibawah lindunganNya semuanyaa.. “

” Alhamdulillah tahniah w4w4_zainal jaga diri ye stay safe.. Dah perasaan dah masa birthday attar.. Syukur rezeki Allah.. “

” Aamiin cita¬≤ ku sama punya beby 5 juga.. mase balik vaks1n pakai jubah tu dah nampak da baby bump wawa.. Congrats.. “

Alhamdulillah, anak adalah rezeki daripada Allah yang cukup bernilai. Pastinya tidak hanya Aeril dan Wawa sahaja yang gembira, anak-anak pasti teruja bakal mendapat adik lagi. Semoga segala urusan Wawa untuk melahirkan dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..