” Tak cakap boleh nyanyi. Kalau tak dah lama suruh nyanyi.. ” – Budak Ijat

Sahut Cabaran Hari Lahir, Amyra Rosli ‘Payung’ Video Nyanyiannya Yang Merdu. Wah Boleh Tahan Suara Amyra Ni, Boleh Buat Single Drama Nur 3 Lah Nanti !!

Pelakon dan kini dikenali sebagai pengacara rancangan Nona, Amyra Rosli nama yang cukup besar dalam industri negara. Lakonan Amyra sering menjadi perhatian dan mendapat pujian daripada peminat drama Melayu khasnya.

Hari ini tanggal 24 Ogos merupakan ulangtahun kelahiran Amyra yang ke 30 tahun. Menerusi akaun Instagram Amyra, telah dimuatnaik satu video baru yang memaparkan Amyra menyanyikan sebuah lagu berjudul ‘Tegar’.

Tulis Amyra di kapsyennya, dia menyahut cabaran hari lahir daripada adik beradiknya dan turut tag nama kesemua mereka untuk turut sama berkongsi video nyanyian mereka. Siapa sangka si cantik manis Amyra ini ada suara yang sedap didengar.

Meminta peminat tidak mengadilinya kerana dia bukanlah seorang penyanyi, nyata nyanyian Amyra mendapat pujian daripada ramai peminat. Baru beberapa jam dikongsikan, posting ini telahpun merekodkan lebih 214 ribu tontonan.

Jom tonton video di bawah :

Sipi-sipi sahaja wajahnya dikongsikan, malu mommy Anaqi dan Aryssa ini. Peminat juga ramai yang memberikan tanda suka dan antara komen-komen mereka :

” Tak cakap boleh nyanyi. Kalau tak dah lama suruh nyanyi theme song untuk Nur.. ” – Budak Ijat

” Best la Amyra nyanyi, buat cerita Nur 3 boleh ni pakai suara Amyra. Soothing sangat suara tu, tak puas dengar.. “

” Masha Allah, sedapnya suara. this is one of my favourite song juga. oh, happy birthday Amyra. Semoga berbahagia selalu.. “

” Sedap sangat ni suara, smooth je dengar. Serius Amyra boleh perg1 jauh kalau masuk bidang nyanyian ni. try la sis.. “

” Tuan badan cantik, lemah lembut kena sangat dengan suara yang best tu. Suara macam ala-ala Fauziah Latif pun ada.. “

” Merdunya suara Myra, menyentuh hatiku dengar Myra bawak lagu ni. Vokalnya mantap, boleh masuk AJL la camni tahun depan.. “

” Alhamdulillah sedapnya suara Amyra, beautiful voice. Padu, vokal bukan sekadar rupa hehe. Tapi memang merdu la suara.. “

” Powerlah suara Myra, boleh sangat menyanyi rupanya. You have a hidden talent my dear. boleh kembangkan lagi ni.. “

Ramai yang puji sedap walaupun bukan penyanyi, itu petanda yang baik. Bolehlah Amyra cover lagu lain lagi di masa akan datang untuk peminat. Apa pun, selamat hari lahir Amyra dari kami di Berita Kopak. Semoga terus ceria dan success selalu dalam kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aamyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..