” Alhamdulillah happy for you.. ” – Sheila Rusly

Betty Rahmad Kongsi Berita Gembira Berkenaan Dirinya Kepada Umum. Alhamdulillah, Kita Doakan Yang Baik-Baik Buat Betty. Tahniah Betty !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon dan usahawan, Betty Rahmad ada berkongsi satu gambar terbarunya. Menerusi gambar itu, kelihatan Betty cantik memakai baju kemeja bewarna putih berlengan panjang dan bertudung.

Tulis Betty, dia memohon kepada semua supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya. Difahamkan video pada posting lain, Betty turut berkongsi berita gembira dan berkongsi cerita mengenai penghijrahannya bersama dua orang kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.

Betty juga turut berterima kasih kepada ustazah yang mengajarnya yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Ramai telah memuji Betty kelihatan cantik dengan imej terbarunya yang sudah bertudung itu.

Hingga kini, perkongsian gambar Betty yang baru saja dimuatnaik beberapa jam lalu telah mendapat lebih tanda suka 70 ribu. Alahai, manis betul mummy Wira ni bertudung, hijrah yang sangat bermakna.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan memberikan kata syukur dan sokongan buat Betty. Antara komen-komen tersebut adalah :

 ” Alhamdulillah happy for you.. ” – Sheila Rusly

” MashaAllah sooo pretty. Alhamdulillah.. ” – Bella Astillah

” MasyaAllah, Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahuakbar. So happy to see you sis. So Cantik.. “

” Ma shaa Allah. Alhamdullilah syg. So happy for you.. ” – Azira Shafinaz

” Alhamdulillah sayang. Love you always.. ” – Nabila Huda

” Merem4ng. Tengok gambar kak Betty ni terus terdetik pasal arw4h kak Siti Sarah, syukur, Alhamdulillah.. ” – Mawar Rashid

” Allah Maha Penyayang. I love you Mummy sayang.. ” – Cik Manggis

” Alhamdulillah, cantik masyaAllah. Semoga Allah rahmati dan berkati ameen.. ” – Anita Baharom

Semoga Betty terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah. Kami dari Berita Kopak mendoakan Betty dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Orang yang beruntung adalah orang yang Allah sayang. Tahniah Betty.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..