” Bukan saja pandai rap, nyanyi genre pun padu. Mantap Dato.. ” – Netizen

Video Dato’ AC Mizal Menyanyikan Kembali Lagu ‘ Fiona’ Cur1 Perhatian Ramai. Memang Mengimbau Kenangan Lagu Ni !!

Nama Dato’ AC Mizal bukan asing lagi dalam industri hiburan. Dia yang pada awalnya terkenal sebagai penyanyi kumpulan 4U2C ketika usia remajanya dahulu kini merupakan seorang pengacara yang terkenal dan sering menjadi pengacara untuk program-program besar.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Dato’ AC telah memuatnaik satu video yang memaparkan dia sedang menyanyi. Paling menarik, video tersebut Dato’ AC menyanyikan kembali lagu terkenal daripada kumpulan 4U2C bertajuk ‘ FIONA’ .

Semestinya perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai. Ada yang menyatakan bahawa mendengar Dato’ AC menyanyikan lagu tersebut telah mengembalikan kenangan usia remaja mereka yang membesar dengan lagu tersebut.

Hingga kini, video Dato’ AC bernyanyi tu telah ditonton lebih 80 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Wow, lama tak medengar suara Dato’ AC menyanyi, betul-betul layan lagu ni.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Dato’ AC membawa lagu tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bukan saje pandai rap, nyanyi genre pun padu. Memang mantap Dato, betul-betul layan dengar lagu ni, hehe best sangat.. “

” Zaman lagu ni tengah top saya baru tingkatan 1. Sekarang saya dah nak masuk 41 thn. Dah lama sangat. Tapi masih minat lagu Fiona ni.. “

” Terbaik DAC, tak puas laaa dengar, best sangat. Terubat rindu zaman remaja dlu dengar lagu ni, lama betul tak dengar, tq DAC.. “

” Paduuu Dato, tringat zmn2 4u2c muda2, lepastu berangan lh gegadis acah fiona cm dlm lagu ni, hahahaha.. “

” Sedapnya suara Dato tak berubah, best berulang kali saya dengar. Rasa seb4k pun ada, lagu kegemilangan zaman Dato dulu.. “

” Memang legend, layannn je dgr. Bring back 90s memories. Masa Kl tak brapa nk jemm lg. Gmbar dlm tv pn still colour kekuning kuningan kelabu asap lg time n.. “

” Bestnya, masih sedap macam dulu Dato. Lama dah tak dengar lagu ni, teringat zmn remaja dulu. Terbaik la Dato AC, drp zmn sekolah rendah smpi sy pun jdi cikgu dah.. “

Ramai yang merindui lagu ‘Fiona’ rupanya. Memang padu Dato’ AC menyanyi. Apa-apa pun, semoga Dato’ AC akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburinya sekarang dan terus ceria bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Emyliadac

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..