” Laju-laju baca nak pergi mana, haha.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Gelagat Anaknya, Ardy Wira Sedang Mengaji Buat Ramai Terhibur. Clever Boy Lah Wira !!

Ada sahaja gelagat anak pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad, Ardy Wira mencur1 perhatian ramai. Malah, jangan tak tahu, si kecil yang baru berusia 2 tahun lebih ini juga mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri di laman media sosial.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Betty telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Wira yang belajar mengaji. Turut kelihatan bersama adalah pengasuh Wira iaitu Teha yang sedang mengajar Wira.

Perkongsian video oleh Betty itu telah menarik perhatian ramai. Manakan tidak, melihat gelagat Wira yang membaca dengan laju menyebut huruf-huruf jawi sangat mencuit hati. Laju betul dengar Wira baca, sampai kak Teha pun kel4m kab0t jadinya.

Meskipun baru berusia 2 tahun 5 bulan, Wira yang sudah petah bercakap ini, memang dilihat seorang kanak-kanak yang bijak. Hingga kini perkongsian video Wira sedang mengaji itu telah ditonton melebihi 75000 tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur menonton video tersebut. Malah ada yang memuji Wira seorang kanak-kanak yang cepat faham apa yang dipelajarinya. Antara komen-komen netizen adalah :

” Laju-laju baca nak pergi mana Wira 0i. Amboii, terhibur tengok bud4k kecil ni belajar mengaji. Semoga jadi anak yang soleh Wira.. “

” Alahai comelnya gaya Wira. Kerusi pun comel. Bijak betul Wira, baru umur dua tahun, cepat belajar.. “

” Suka lah tu, kak Teha ajar. Nampak memang akrab betul Wira dengan kak Teha dia. Belajar rajin-rajin yer Wira.. “

” Hahahaaha, bijak sangat. Mengaji style like a king lah Wira ni. Tak pernah tak comel lah bud4k ni.. “

” Good boy Wira. Suara tu bersemangat betul. Haha mesti kal0t nk pergi main kan, tu yang baca laju-laju.. “

” Mengaji express ke ulat beluncas nie, sekali kak Teha kena pakai ribbon tu kelakar. Tak pelah, janji Wira nk belajar.. “

” Ger4m pulak aku tengok. Semoga Wira jadi anak yang soleh, slalu menjadi anak yang terbaik buat mummy dan daddy.. “

Video terbaru Wira ini cukup menghiburkan sesiapa sahaja yang menontonnya. Tapi, memang bijak Wira, dah pandai mengaji sekarang yer. Apa-apa pun, semoga Wira membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..