” Masa muda handsome, Shila pun ikut muka papanya.. ” – Netizen

ND Lala Kongsi Video Sedutan Filem Jejaka Perasan Lakonannya Bersama Liza Abdullah. Wajah Kacak ND Lala Dan Liza Masa Muda Raih Perhatian Peminat !!

Dato’ Amir Amzah bin Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 1980 an dan 1990an menerusi muzik genre pop tradisional dan rakyat. ND Lala juga merupakan ayah kepada penyanyi Shila Amzah.

Menerusi laman Instagram miliknya, telah dikongsikan sebutan filem komedi bertajuk Jejaka Perasaan lakonan ND Lala bersama Liza Abdullah yang popular sekitar tahun 1980an. Filem ini telah diarahkan oleh A.R. Badul yang juga merupakan penulis skrip serta teraju utama filem ini.

Dalam video tersebut, terlihat Liza sedang bertengk4r dengan ND Lala yang sedang duduk di atas motor. Liza Abdullah yang mengenakan gaun berwarna putih bercorak merah sedang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap ND Lala terhadap dirinya.

Menerusi kapsyen tulisannya, ND Lala bertanya kepada peminatnya siapa yang masih mengingati  zaman dulu-dulu dan filem tersebut. Rata-rata peminatnya mereka mengatakan mereka masih mengingati filem tersebut dan ada yang masih menonton filem itu.

Jom tonton video di bawah:

Rata-rata peminatnya memuji ND Lala yang kacak pada masa tersebut. Selain itu juga, memuji kecantikan Liza yang tidak pudar walaupun semakin berusia. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

“ Mak leha skrg makin cantik.. Mak leha zaman muda kemain jawline taj4m gitu … Muda remaja abg n.d.. Rindu your singing too abg nd.. “

“ Cerita idola kami ni tok.. Ingat.. Satu drama.. Tapi lupa tajuk liza dgn nd lala.. Bestt sgt.. Sy ada smpn n msih tgok.. Jejaka perasan rasanya.. “

“ Still rmember this.. Jejaka perasan.. masa muda hensem.. Tantiana hmzah.. Entah mana pergi nya tantiana.. Ini mesti tahun 80an kan… “

“ Hensemnya.. Shila pun ikut muka papa nya.. Saya ingat.. drama penghujung rindu.. Tapi saya lbh suka cerita penghujung rindu.. “

“ Ndlalaofficial masa ni kak liza paling cantik… pernah berangan nk jd cantik mcm dia.. Orang kuat bebelnya si lizza_abdullah ini… “

“ Masa ni hero malaya.. Judul filem tu jejaka perasan.. Dr dulu minat la sbb hensem.. Wow mak leha pernah jd heroin.. Honda fame.. “

“ Bestnye.. Macam muka syahir.. Teringat masa kecik² dulu.. Semoga ndlalaofficial dan semua sihat selalu.. Hsem muda2 rupanya ayah shila hamzah.. “

Memang kacak ND Lala pada waktu mudanya itu. Ramai peminat kerana ND Lala tergolong antara artis lelaki yang mempunyai rupa pada masa itu. Apapun semoga ND Lala dikurniakan kesihatan yang baik dan sukses dalam apa juga yang diceburi olehnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ndlalaofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..