” Dah besar anak-anak Tam, dua-dua comel.. ” – Netizen

Penyanyi Tam Spider Kongsi Gambar Terkini Bersama Anak-Anaknya Sempena Hari Lahir Mereka. Alahai muka anak-anak semua ikut muka Tam Ni !!

Tentu masih ramai yang mengenali penyanyi Tam, vokalis kumpulan Spider atau nama sebenarnya, Rustam bin Mustafa. Lagu-lagunya seperti ‘Aladin’, ‘Latifah’ dan ‘Laukku Cukup Masin’ sehingga kini sering menjadi nyanyian ramai.

Meninjau di akaun Instagram, Tam ada berkongsi gambar terbaru dirinya bersama anak-anaknya. Pada posting tersebut, Tam turut berkongsi ucapan selamat hari lahir buat kedua orang anaknya iaitu, Muhammad Aqil dan Aminah.

Kongsi Tam lagi, Muhammad Aqil telah memasuki usia 8 tahun, manakala anak bongsunya, Aminah memasuki usia 3 tahun. Perkongsian gambar oleh Tam itu telah mendapat perhatian warganet. Alahai nampak manja betul anak-anak dengan Tam yer.

Dapat dilhat pada gambar tersebut, wajah anak-anak Tam sangat comel dan seiras seperti Tam. Hingga kini, gambar Tam dan anak-anak telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian gambar Tam dan anak-anak di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada anak-anak Tam. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Selamat hari lahir Aqil dan Minah. Dah besar anak-anak Tam, dua-dua comel lah, muka ayah betul.. “

” Happy Birthday Aqil dan adik Aminah. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu dan bapa.. “

Untuk pengetahuan, selain Muhammad Aqil, dan Aminah, Tam turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Muhammad Afiq, 11 tahun dan Mohd Aliff (lain ibu) yang berusia 27 tahun yang merupakan anak hasil perkahwinan Tam yang terdahulu.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga anak-anak Tam Spider ini akan menjadi anak-anak yang soleh serta solehah dan semoga Tam juga akan lebih berjaya di masa akan datang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Tam Spider

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..