” Comelnya, congratulations.. ” – Fasha Sandha

Genap Seminggu, Ummi Nazeera Kongsi Video Dan Nama Anak Keduanya Yang Baru Lahir. Alahai Putih Melepak, Nama Pun Sedap !!

Umum sedia tahu bahawa pelakon Ummi Nazeera telah selamat melahirkan anak keduanya. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ummi dan suaminya, Dr Izzar menerusi akaun Instagram masing-masing beberapa hari lalu.

Terbaru, genap usia bayi Ummi 7 hari, Ummi dan suami telah berkongsi gambar serta nama anak mereka kepada umum. Nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada puteri kedua mereka adalah Aysha Arsylia.

Malah Ummi juga berkongsi maksud nama anaknya di mana, Aysha bersempena nama isteri baginda Rasulullah manakala Arsylia bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia dan sempurna. Wah sedap nama anak pasangan ini.

Di kesempatan itu, Ummi turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan akan kesejahteraan buat anak kecilnya. Perkongsian oleh Ummi itu hingga kini telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Perkongsian oleh Dr Izzar :

Di ruangan komen,  rakan-rakan artis dan peminat-peminat Ummi turut memberikan kata ucapan tahniah buat Ummi atas kelahiran anak keduanya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comelnyaaaa congratulations.. ” – Fasha Sandha

” Tahniah. Comel sgt nihhhh.. ” – Elly Mazlein

” Cutenya, masyaAllah congrats babe.. ” – Betty Rahmad

” Alhamdulillah, MashaAllah comelnya Aysha. Aunty Cah cant wait to see you.. ” – Aishah Azman

” Alhamdulillahh congrats my dear, semoga baby dan mummy sihat selamat berpant4ng.. ” – Idayu

” Alhamdulillah, tahiah Ummi atas kelahiran cahaya mata kedua. Semoga anak ini membesar dengan sihat, amin.. “

” Tahniah, comelnya baby. Assalamualaikum Aysha Arsylia, semoga menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy.. “

Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera dan suami atas kelahiran cahaya mata kedua, putih betul anak pasangan ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aysha Arsylia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ummi Nazeera, Izzar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..