” Muka kamu samalah, maintain sahaja dari 14 tahun lepas.. ” – Netizen

Nana Mahazan Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya Yang Ke 12 Tahun Bersama Mohamed Raqeem Brian Abdullah. Happy Anniversary Buat Nana Dan Brian. Semoga Berbahagia Selalu !!

Pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia iaitu Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan telah menyambut hari ulang tahun perkahwinannya yang ke 12 tahun pada hari ini bersamaan 6 Jun 2021.

Nana telah mendirikan rumahtangga dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib. Sempena ulang tahun perkahwinannya itu, Nana telah berkongsi video mereka sekeluarga di laman Instagram miliknya.

Video tersebut menggabungkan video dan juga gambar-gambar mereka sekeluarga serta kehidupan mereka sepanjang 12 tahun hidup bersama. Lagu the The Color Of Love nyanyian B0yz II Men menjadi lagu latar video tersebut.

Menerusi kapsyen tulisan Nana, Nana melahirkan rasa syukur dan gembiranya hidup bersama Brian selama 12 tahun. Selain itu,mengucapkan terima kasih kerana menerima dirinya seada-adanya dan menjadi ayah yang luar biasa buat anak-anaknya. Nana juga melahirkan rasa cintanya buat suaminya itu.

Jom tonton video di bawah:

Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 12 tahun buat Nana dan Brian. Selain itu, mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Antara komen-komen peminatnya :

“ Ooooh that song.. You two are specially made for each other.. Happy Anniversary Brian & Nana.. Alhamdulillah May Allah bless you both always and forever.. “

“ Sweet family.. Sehati sejiwa sejannah..barakallah Nana & Brian.. Ini lah yg di katakan a pair made from heaven.. Happy anniversary to both of you.. “

“ Love sgt couple nih.. Happy anniversary.. Semoga kalian dikuatkan jodoh & keep on memberi manfaat kepada kami semua.. “

“ Happy aniversary nanamahazan.. Sekali pandang.. Muka husben ada iras² leo rojas la.. Alhamdulillah… You guys memang best.. More live together gether ok.. “

“ Nmpk loving sgt.. Muka kamu sama la.. Jodoh kuat ni.. Happy anniversary.. Happy anniversary lovebirds.. Stay in love forever ya till Jannah.. “

“ Love birds apa ni maintain je dari 14 tahun lepas.. Masa special apa la tu hari ni nanamahazan.. Semoga berbahagia ke Jannah. Happy Anniversary to both of u.. ”

“ Nampak mcm seiras nanamahazan n husband… Ensem laki nana.. Happy anniversary to u.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Amin.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 12 tahun buat Nana dan Brian. Semoga Allah pelihara rumahtangga kalian berdua. Moga Allah juga melimp4hkan usia perkahwinan dengan sakinah, mawaddah wa rahmah hingga ke Syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nana Mahazan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..