” Comel Khalishah, muka dan mulut sama macam Aafiyah.. ” – Netizen

Siti Nursairah Kongsi Gambar Bersama Anak Bongsunya, Siti Nurkhalishah Alisha. Comelnya Khalishah, Memang Seiras Dengan Sepupunya, Siti Aafiyah !!

Umum sedia maklum bahawa Siti Nursairah merupakan adik kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Sairah telah berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Siti Nurkhalishah Alisha yang berusia 3 tahun.

Hasil perkahwinan yang yang terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang anak. Menerusi laman Instagram miliknya, Sairah telah memuatnaik gambarnya bersama anak bongsunya, Khalisah yang kelihatan seperti berada di dalam kenderaan.

Khalishah yang mengenakan baju t-shirt berwarna pink dan bercorak bunga pink dan coklat serta mengenakan headband nampak begitu comel sekali. Tangan khalishah memegang dagu dan mulut Sairah. Sairah pula membuat munc0ng apabila Khalishah memegang mulut.

Khalishah tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya ketika gambarnya dirakam. Apa yang menariknya, wajah Khalishah dikatakan seakan-akan seiras dengan sepupunya, Siti Aafiyah iaitu anak kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Jom baca perkongsian di bawah:

Rata-rata peminat memuji wajah Khalishah yang semakin comel. Antara komen yang diberikan peminatnya:

” Makin besar makin cantik kalisa… Alolo comeiii.. ger4m tgok.. Muka sama mcm afiah mulut pun sama.. Cute little girl.. Semoga sentiasa sihat dan bahagia.. Aamiin.. ”Β 

Tidak hairanlah sekiranya Khalishah mirip dengan Aafiyah. Wajah Sairah dan juga Datuk Siti kalau dilihat seakan-akan sama dan mirip sekali antara satu lama apatah lagi apabila Sairah mengenakan solekan.

Dalam hubungan antara sepupu, masih terdapat persamaan genetik yang kuat sebab itulah wajah pun boleh seakan- akan sama seperti adik beradik. Begitu juga dengan Khalishah dan Aafiyah. Semoga Khalishah membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sitinursairahtarudin, IG Baby.khalishah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..