” Wah legend Aunty Ayu, comel tetap sama.. ” – Netizen

Gambar Penampilan Terkini Pelakon Ayu 20 Sen Dalam Filem Bujang Lapok, Seniwati Sri Rahayu Sudarmaji Raih Perhatian Netizen. Tetap Comel Macam Dulu Walaupun Dah Umur 69 Tahun !!

Pastinya ramai yang masih mengingati watak kanak-kanak bernama Ayu 20 sen dalam filem Bujang Lapok, watak kanak-kanak perempuan comel berperwatakan seperti t0mboy yang kerap meminta upah 20 sen bagi menutup rahsia percintaan kakaknya Zaiton dan Sudin.

Watak tersebut telah dilakonkan oleh Ayu atau Seniwati Sri Rahayu Sudarmaji. Untuk rekod, Aunty Ayu telah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Ghazi dan dikurniakan dua orang anak iaitu Sri Ikarostika Rahayu dan Muhammad Syarzril.

Meninjau ke laman Instagram Zayyan.my, telah dikongsikan gambar Aunty Ayu ketika berlakon sebagai Ayu dua puluh sen dan gambarnya yang terkini. Pada gambarnya yang terkini, Aunty Ayu yang mengenakan baju biru bercorak bunga kuning berserta selendang kuning menaikkan dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya yang bermaksud dua puluh sen sama seperti dengan watak yang dilakonkan itu.

Untuk makluman, Aunty Ayu menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 69 tahun semalam bersamaan dengan 4 Jun 2021. Walaupun usianya sudah bertambah, Aunty Ayu tetap kelihatan cantik. Wajahnya nampak comel ketika buat membuat mimikan watak Ayu dua puluh sen.

Jom baca perkongsian di bawah:

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran buat Aunty Ayu. Selain itu, peminat turut berselor0h mengatakan budak perempuan yang memakai reben itu seperti Sheila Rusly. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Duaposen.. Happy Birthday Aunty srirahayusudarmaji.. comel ttp same.. Alhamdulillah..  Ayu.. Adik 20sen dlm cerita P.Ramlee tu ke ? wah legend aunty .. Ayuu.. go to tidurlah.. “

” Aamiin.. Takde doploh sen rahsia bukak aaaa…. Comei.. 69 nice.. Ayu.. Selamat Hari Lahir.. nama kita sama.. sannah helwah Ayu.. heheh.. “

” Lawa.. Ayu doplo sen.. Semoga Allah panjangkn umur aunty Ayu.. still pretty.. tak makan usia.. Happy birthday semoga sihat selalu..  “

” Comel.. Ayu Dua puloh sen.. Abg Sudin 20 sen.. Sama comel.. selamat hari lahir Seniwati Sri Rahayu.. Eh.. bkn pelakon kanak² yg pkai reben tu.. sheilarusly_jspictures ke.. “

” Semalam baru tgk beliau berlakon dalam Seniman Bujang Lapok.. Ooo ini orangnya.. dah sama umur macam opah saya lah.. “

” Baru tau.. yang ni selalu 20sen..  Sanah Helwa.. Auntie.. smoga panjang umur dn hidup diberkati.. Bawah tu kak sheilarusly_jspictures la..” 

” Sama je muka dr kecik smpai skrg.. ayu.. yg cikgu suka main bola tuh pon lwl.. cikgu suka main bola hari² cgu main bola.. hahaha.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 69 tahun buat Aunty Ayu. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Selain itu juga, berbahagia di samping mereka yang tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zayan.my, Youtube Ayu 20 sen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..