” Itu kak Sharifah Haslinda kan, cantik dia berniqab sekarang.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Thr0wback Bersama Keluarga. Namun Penampilan Terkini Kakaknya, Sharifah Haslinda Yang Berniqab Cur1 Tumpuan Peminat.  Suara Pun Dah Macam Orang Arab !!

Shiera Ijoy atau nama sebenarnya, Sharifah Shahirah merupakan selebriti yang diminati ramai. Sheira juga turut mempunyai seorang kakak iaitu Sharifah Haslinda yang dahulunya juga seorang pelakon dan pengacara terkenal.

Meninjau di akaun Instagram, Shiera ada memuat naik satu video ‘thr0wback’ yang memaparkan Shiera berada di rumah kakaknya, Sharifah Haslinda. Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai akan penampilan terbaru Sharifah Haslinda yang sudah berniqab.

Menerusi video itu, Shiera sedang merakamkan kakaknya sedang memasak. Turut kelihatan adalah tunang Sharifah Sakinah, Michael Hansen yang sedang memerhati  cara Sharifah Haslinda memasak dengan menggunakan Thermomix.

Sehingga kini perkongsian video oleh Shiera itu telah ditonton sebanyak 109,364 ribu oleh netizen sejak dimuatnaik ke Instagram.  Cantik penampilan terbaru Sharifah Haslinda sekarang, dah macam perempuan Arab.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa rindu kepada Sharifah Haslinda setelah melihat penampilan terkini Sharifah Haslinda menerusi video tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Tu Kakak Shahira Sharifah Haslinda kan ? Allah rindunya, tercari juga ig dia, tapi macam dah tak ada, sihat ka sekarang.. “

” Lama tak tengok Lynn, cantik dia berniqab sekarang. Semoga Lynn sentiasa bahagia bersama keluarga.. “

” Tengok video ni, tiba-tiba rindu lakonan Lynn. Semoga terus istiqamah ya Lynn, penghijrahan yang sangat manis.. “

” Suka perwatakan kak Lynn, betul-betul mempamerkan imej wanita berniqab. Alhamdullillah, syukur.. “

” Mak aik, suara tu boleh tahan gar4ng, haha dah macam orang Arab suara. Kirim salam dekat Lynn ye Shiera, lama sangat tak nampak.. “

” Happy kan, kalau dapat kumpul balik mcm ni, smua orang rindukan keluarga, moga cepatlah hilang c0v1d ni.. “

” Kelakar tengok adik beradik ni saling mengus1k, kak Sheira rindu kak Lynn ke, kami pun rindu jg ni.. “

Ramainya yang merindui si cantik manis ni. Untuk pengetahuan, drama Salina yang ditayangkan pada tahun 2004 merupakan drama terakhir Sharifah Haslinda sebelum dia mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam dunia lakonan hingga kini.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shiera Ijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..