” Cair juga tengok handsome boy. Senyuman semanis kopi coklat.. ” – Netizen

Nora Danish Kongsi Gambar Selfie Anaknya, Mohamed Neqayl Nedim. Alahai Boleh Cair Tengok Senyuman Ney Ney, Manis Sungguh !!

Sesibuk manapun seorang ibu, pastinya seronok melihat perkembangan anak-anak yang kian membesar. Begitu juga dengan perasaan Nora Danish terhadap anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali sebagai Ney ney. Ney Ney merupakan anak hasil perkongsian hidup Nora bersama dengan Nedim Nazri.

Meninjau ke laman Instagram milik Nora, telah dikongsikan sekeping gambar Ney Ney. Di dalam perkongsian tersebut Ney Ney mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna oren berserta seluar jean pendek berwarna kelabu cerah. Rambut Ney Ney yang hitam lebat disikat dengan kemas.

Ney Ney dilihat duduk di atas sofa sambil memegang bantal berwarna merah dan tersenyum lebar ketika gambarnya dirakam. Seperti kapsyen yang ditulis Nora, dia merasa cair melihat senyuman Ney Ney itu. Untuk makluman, Ney Ney kini sudah berusia 3 tahun.

Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen dari pengikutnya. Rata-ratanya bersetuju dengan kata-kata Nora. Ney Ney ‘membuktikan’ bahawa dia memang mewarisi ketampanan dan kecantikan kedua ibu bapanya.

Jom baca perkongsian di bawah:

Rata-rata peminatnya memuji dan berasa ger4m wajah Ney Ney yang semakin lama semakin comel sama comel seperti Nora. Antara komen-komen peminatnya:

“ Tgok mata ney2 pun aunty dah cair..blum ney2 snyum.. semanis kurma Ajwa.. Makin besar makin comel mcm mommynya.. Doakan aunty ida moga ada rezeki zuriat ye.. “

“ Makin lama makin handsome.. Senyuman semanis coklat kopi.. Cairnya tgok.. muka mommy sangat.. Sekejap je dah besar, cepat masa berlalu.. “

“ Alolo sweet je senyum macam tu.. Cair jugak tgk hensem boy… Mana org yg ckp Nedim tak comel masa kecik ritu tu??.. Ni ha dh jd ank teruna.. Segak elok weiii.. So ensem.. “

“ Awat comel sgt ni neyney… Ger4m tau.. Memang muka daddy + mommy sungguh.. Melting senyuman dia ni.. Cute sekali pandang ingat anak cik ta.. “

“ Comel la adik.. Cair jugak tgk.. Dah besar hensem boy.. Senyum sebiji mcm awak b0ss_ned.. Sweet boy… Romantic boy.. You are right nora he’s adorable.. “

“ Hei gigi taring tu manis.. Halah halah halah.. Mengg0da qalbu… Handsome boy.. Fotostat muka daddy. But with hair.. Alamak hanc0r aty untie.. “

Semakin membesar semakin terserlah kecomelan wajah Ney Ney. Bukan sahaja comel tapi Ney Ney juga sangat petah dan bijak dalam hal pembelajaran dan dalam apa jua yang dipelajari olehnya. Semoga Ney Ney membesar menjadi anak yang baik, soleh dan berbakti kedua orang tuanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..