” Ala comelnya dia, ger4m tengok hidung mancung tu.. ” – Netizen

Video Wajah Penuh Anak Kelima Ayu Raudhah Pada Hari Ke 7 Selepas Kelahirannya. Wah Comelnya Baby Ayu, Hidung Mancung Terletak. Nama Pun Cantik, Tahniah Ayu Dan Zaquan !! 

Menurut laporan Portal Utusan Malaysia bertarikh 29 Mei yang lalu, telah diwar-warkan tentang kelahiran berita kelahiran cahayamata kelima pelakon Ayu Raudhah dan pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha.

Tidak dided4hkan wajah bayinya ini, Zaquan hanya berkongsikan paparan gambar jari bayinya ini di Instastory miliknya sejurus selepas Ayu selamat melahirkan anak mereka. Zaquan turut memaklumkan bayi mereka ini adalah seorang bayi lelaki.

Terdahulu, Ayu dan Zaquan sudah pun mempunyai 4 orang anak iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan. Hari ini pada hari ke 7 bayi mereka ini, nama penuh dan wajahnya dikongsikan oleh Zaquan untuk tatapan umum.

Meninjau akaun Instagram Zaquan, nama yang diberikan adalah Muhammad Aisy Al Jibreel bin Mohamad Zaquan Adha. Hidung anak yang nampak mancung dan rambut hitam serta lebat itu dikatakan oleh peminat mirip dengan Aryan, anak kedua Ayu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Zaquan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat. Sedap namanya Jibreel dan mudah untuk diingat. Antara komen-komen peminat :

Alhamdulillah syukur. Tahniah bro, anak soleh buat ayah dan mama Insha Allah. Tahniah untuk Ayu Raudhah juga.. “

” Alhamdulillah, tahniah Zaquan dan Ayu Raudhah. Insya ALLAH jadi anak yang soleh. So cute mukanya, namapun sedap.. “

” Congrats Daddy, comelnya Jibreel. Sedap namanya, semoga membesar menjadi anak yang soleh sebagaimana impian ibu dan ayah.. “

” Tahniah dik dan Ayu. Amb0i handsomenya dia kecik kecik pun. Rambut tu lebat dan hitamnya. Mini Aryan sangat ni.. “

” Alhamdulillah tahniah Zaquan dan Ayu. Kakak Princess ramai bodyguard lepas ni hehe. Baby muka mirip abang Aryan lah.. “

” Ala comelnya dia, ger4m tengok hidung mancung tu. Lebatnya rambut dia. Tahniah Zaquan, semoga mommy dan baby sihat sihat je.. “

” Handsome boy nya. Assalamualaikum baby Al Jibreel. Hidung terletaknya baby Ayu ni. Tahniah korang, bertambah lagi geng daddy.. “

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk Ayu. Semakin riuh dan meriahlah keluarga Ayu dan Zaquan dengan kelahiran baby Jibreel ni. Tahniah daripada kami di Berita Kopak. Selamat berpant4ng Ayu Raudhah dan semoga Ayu cepat sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zaquan Adha, IG Ayu Raudhah, Portal Utusan Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..