” Aku yang tengah makan pun tersemb0r ketawa.. ” – Netizen

Terima Mesej Bertanyakan Soalan Nama Penuh Kartun Upin Dan Ipin, Jawapan Achey Bocey Buat Ramai Terhibur. Part Komen Tu Memang Kelakar Habis !!

Siapa tidak kenal pelawak terkenal, Achey Bocey. Ada sahaja perkongsian video mahupun gambar yang dikongsikan Achey menerusi laman media sosial, Instagram buat ramai yang membaca atau menonton pasti tidak kering gusi ketawa.

Terbaru, meninjau kami di akaun Instagram, Achey telah berkongsi kepada pengikutnya di mana Achey telah menerima satu mesej daripada netizen yang bertanyakan satu soalan. Soalan tersebut adalah bertanyakan nama penuh kartun Upin dan Ipin.

Jawapan yang diberikan oleh Achey telah berjaya menarik perhatian ramai dan sehingga kini perkongsian oleh Achey itu telah mendapat 30 ribu lebih tanda suka dan ratusan komen daripada peminat-peminatnya.

Malah ada peminat turut tertanya-tanya akan nama sebenar kartun yang diminati ramai itu. Menerusi komen, pelbagai nama yang telah diberikan oleh netizen. Kelakar membaca komen masing-masing memberikan nama sebenar Upin dan Ipin.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rakan artis dan juga peminat-peminat Achey terhibur dengan perkongsian Achey. Antara komen-komen menarik adalah :

” Aku pun tak pernah terpikir soalan-soalan manusia ni hahaha.. ” – Aidid Marcello

” Baharin jangan main Chey, hahaha.. ” – Amar Baharin

” Kamarupin dan Kamaripin la, memandai ja kau Achey, aku tahu lah, hahaha. Ad0i tak pernah tak kelakar Achey.. “

” Bukannya Upinuddin dan Ipinuddin ke, aku tengok kat buku anak aku dalam beg, hahha, betul lah tak t1pu.. “

” Tak tahu, tapi buat tahu kan Achey, haha kau kena ambik tahu, nanti Tiara tanya, kau nak jawab apa.. “

” Aku yang tengah makan pun tersemb0r ketawa baca ni. Apa punya soalan da, kau suruh dia google Achey, haha.. “

” Anak pun pernah tye apa nama Upin dan Ipin kena, pastu tanya pula kenapa lah tak besar-besarĀ  Upin dan Ipin ni mama, mat1 kutu saya nak menjawab.. “

Tak pernah tak kelakar Achey ni, komen-komen netizen pun sangat menghiburkan. Apa-apa pun, perkongsian oleh Achey itu hanyalah sekadar hiburan. Semoga para pembaca juga turut terhibur dengan perkongsian daripada kami ini.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Achey Bocey, Upin Ipin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..