” Aii pandai dia flying k1ss.. ” – Inaijari

Video Terbaru Anak Izara Aishah, Irisa Alaia Dah Pandai Buat Flying K1ss Raih Perhatian Peminat. Comel Sangat Part C1um Tangan Tu, Siap Ada Bunyi Lagi !!

Irisa Alaia sudah pun setahun usianya dan membesar dengan penuh kasih sayang. Anak sulung kepada Izara Aishah ini menjadi tumpuan sejak hari pertama wajahnya dipertontonkan kepada umum. Alaia yang berkulit putih kemerah-merahan ini juga memiliki rambut yang lebat dan hitam.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Alaia. Pada video pertama dan kedua, Alaia yang diikat tocang rambutnya itu nampak cute sahaja.

Sudah nampak beberapa batang gigi bawah Alaia ketika si kecil ini tersenyum lebar. Alahai Alaia semakin cantik macam mamanya, Izara. Pada umur setahun begini, memang anak-anak akan banyak telatahnya dan fasa yang menyeronokkan untuk melayani kerenah mereka.

Alaia yang disuruh membuat gaya flying k1ss pantas sahaja menc1um tangannya. Amb0i Alaia, siap dengan bunyi ‘muahh’ lagi ye. Ni mesti mama yang ajarkan, hehe. Ger4m sungguh tengok muka tu, suka tersenyum macam mamanya sangat.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Tentunya puteri kesayangan Izara ini menjadi penghibur hati Izara dan Adib sekeluarga. Untuk rekod, Izara mengahwini anak Datuk Seri Khalid Jiwa, Adib Khalid pada tahun 2017. Setelah beberapa tahun melayari rumahtangga, tanggal 15 April 2020 pasangan ini dikurniakan Irisa Alaia.

Kulit gebu dan putih sungguh Alaia ini, matanya pula sedikit sepet membuatkan peminat melihat wajah Alaia seperti anak Korea. Apa pun, semoga Alaia sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..