” Terubat rindu dengar ucapan ni, macam mengacara Nona.. ” – Netizen

Video Ucapan Puan Sri Normala Samsudin Sempena Ulang Tahun Nona Yang Ke- 37 Tahun. Woww Intonasi, Nada temponya, Memang Mengamit Memori !!

Puan Sri Normala adalah nama yang cukup dikenali ramai, lagi-lagi pernah terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen TV3  dan dia juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama pada suatu ketika dahulu.

Terbaru, meninjau di akaun Isntagram Puan Sri Normala, telah berkongsi satu video yang memaparkan dia telah memberikan ucapan sempena ulang tahun program NONA yang ke- 37 tahun semalam.

Perkongsian video itu juga telah menarik perhatian ramai apabila mendengar suara Puan Sri Normala memberikan ucapan. Ada peminat yang terubat rindu setelah menonton video tersebut dan membayangkan seperti suara Puan Sri Normala ketika sedang mengacara program NONA.

Kongsi Puan Sri Normala pada posting, sudah hampir 20 tahun dia telah meninggalkan program NONA dan harapan Puan Sri Normala semoga program NONA akan terus unggul dan terus diminati ramai.

Tonton video ucapan Puan Sri Normala di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata turut tidak ketinggalan memberikan kata ucapan ulang tahun kepada program NONA dan memuji suara Puan Sri Normala yang sedap didengar ketika memberikan ucapannya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dah 20 tahun, kejapnya je masa. Mcm baru smlm call akak guna public phone. Happy Birthday Nona.. “

” Wah sedap lah dengar Puan Seri bagi ucapan, terubat rindu tau nk tengok Puan Sri mengacara Nona.. “

” Memang suara Puan Sri lahir daripada TV3 betul, suka dengar cara penyampai Puan Sri, tersusun kata.. “

” You r d best, tak ade yg boleh ganti u Puan Sri. Deep from my heart tau bukan puji tapi this reality.. “

” Dulu Puan Sri menang pengacara Nona sebab tu terbaik bila mengacara. Ada pekej rupa cantik, gaya dan suara lunaK, tak jemu menonton program tersebut.. “

” Dulu tengok NONA sebab nak tengok Puan Sri mengacara. Pendapat peribadi saya Puan Sri antara wanita melayu yang sangat cantik.. “

” Nanti tv3 blh la jemput Puan Sri baca buletin utama macam Permaisuri Selangor. 2-3 minit pun jdi la, terubat rindu kami, hehehe.. “

Woww intonasi nada temponya memang Lahir Dari NONA lah Puan Sri. Tempat jat0h lagi di kenang, inikan pula tempat belajar dan mencari pengalaman kewartawan. Salam Ulangtahun ke -37 buat NONA TV3.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..