” Biar betul baba dah 71 tahun, nampak muda.. ” – Netizen

Datin Anne Ngasri Kongsi Ucapan Ulang Tahun Kepada Bapanya, Ngasri Sain. Wah Memang Tak Nampak Macam Umur 71 Tahun Lah Baba Anne !!

Datin Anne Ngasri memang dikenali sejak usianya kecil lagi apabila memulakan kerjaya awal sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama dan filem. Dia juga merupakan anak kepada pasangan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.

Meninjau di akaun Instagram Anne, telah berkongsi ucapan serta gambar sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-71 tahun. Tulis Anne pada posting, dia turut mendoakan kesejahteraan buat babanya.

Perkongsian gambar Anne bersama bapanya hingga kini telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka daripada peminat-peminat yang menyukai gambar tersebut dan ada yang tidak sangka akan usia sebenarnya baba Anne.

Manakan tidak, rupanya baba Anne kelihatan lebih muda jika berbanding dengan usia sebenarnya. Memang nampak muda bapa Anne, bahkan bukan buat dia sahaja, anak-anaknya juga kesemuanya turut kelihatan muda dari usia sebenar mereka.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Ngasri Sain. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happy Birthday Baba Semoga Panjang Umur Sihat Selalu, Amin Amin Amin YRA. Bapa Anne masih nampak muda lah.. “

” Biar betul baba dah 71 tahun, nampak muda lagi. Happy Birthday pakcik, moga terus kekal sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.. “

” Happy birthday, semoga dipanjangkan umur yang barakah dan dimurahkan rezeki yang diberkatiNya.. “

” Sanah Helwah uncle moga dikurniakan kesihatan yg terbaik dan dirahmati Allah swt selalu, aaminn.. “

” Selamat hari lahir buat baba N, semoga di beri kesihatan yg baik berpjgan. Pembaca berita RTM yg paling sis suka suatu ketika dulu.. “

” Sanah helwah buat pakcik Ngasri. Semoga sihat walafiat, dpanjangkn umur dlm rahmat Allah serta dmurahkn rezeki, aamiin.. “

” Dua beran4k maintain muda noh, tak makan tua. Selamat hari lahir buat baba N, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkn rezeki selalu.. “

Wah memang tak makan usia betul wajah baba Anne. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini turut mengucapkan selamat hari lahir buat Ngasri Sain, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Anne Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..