” Tu dia ikut pak dia noh, kemain si Jebat pun haha.. ” – Netizen

Sedutan Video Live Antara Sharnaaz Ahmad Dan Shukri Yahaya Bersama Anak Mereka, Jebat Jayden Dan Aaira Ameena. Amb0i Jebat Dah Pandai Nak Usha Ameena. Bak Kata Shuk, Belajar Daripada Pak Dia Lah Tu. Haha !!

Setiap kali Shukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad membuat live di Instagram, pastinya ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati. Perbualan dua sahabat ini yang selamba dan penuh dengan gurau senda menghiburkan peminat yang menonton.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan live antara Shukri dan Sharnaaz. Tidak hanya mereka berdua, kali ini perbualan mereka turut disertai anak tersayang, Jebat Jayden dan Aaira Ameena.

Pada permulaan video ini, Shukri terlihat menyanyikan lagu favourite Jebat iaitu ‘Head, Shoulder, Knees And Toes ‘. Amb0i Shuk siap dengan gaya mata terbunt4ng lagi dibuatnya, memang ‘masuk air’ sungguh Shuk ni.

Secara tiba-tiba, Ameena muncul di belakang Shuk dan Jebat menyapa Ameena dengan menyebut ‘hai’ sambil mengerakkan jarinya. Wah Jebat, peramah sungguh macam baba ni. Bak kata Shuk, belajar dari baba lah tu.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat mereka ini mencuit hati dan mendapat respon daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Comel aihh, tu dia ikut pak dia noh haha. So cute and adorable.. “

” Comei sangat sebab banyak sifu lah depa pun cerdik haha. Comel sungguh. Kemain si Jebat pun haha.. “

Meriah sungguh live kali ni, Jebat pun pandai sungguh buat muka m4lu-m4lu tu. Dengan puting melek4t dekat mulut, senyuman Jebat kelihatan begitu manis. Kecil-kecil sudah pandai menegur anak dar4 Shuk, mana tahu nanti boleh berbesan dua sahabat ni. Hehe.

Ameena dengan lesung pipit manisnya dan Jebat pula mengikut sahaja ayat babanya. Memang meriah dengan gelak ketawa ayah-ayah mereka. Apa pun, semoga Jebat dan Ameena membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Shukri Yahaya, IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..