” Patut maintain ramping, rupanya ini senaman dia.. ” – Netizen

Video Rahsia Badan Penyanyi Tersohor Indonesia, Krisdayanti Kekal Cantik Dan Langsing Walaupun Sudah Berusia 46 Tahun. Wah Buat Dekat Rumah Pun Boleh Kurus, Terbaik Lah !!

Umum mengenali Krisdayanti yang merupakan seorang penyanyi tersohor di Indonesia. Malah Krisdayanti juga turut dikenali sebagai penghibur yang berpenampilan menarik dan mendapat gelaran ‘Barbie’ Indonesia daripada peminat-peminatnya.

Bagi yang mengikuti perkembangan Krisdayanti di akaun Instagram, pasti tahu Krisdayanti tidak lama lagi bakal menimang cucu sulung setelah berkongsi berita gembira anaknya, Aurel Hermansyah kini sedang hamil.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik thekarip0p telah berkongsi satu video yang memaparkan Krisdayanti sedang melakukan exercise di dalam rumahnya. Menerusi video itu,  Krisdayanti sedang berlari menaiki tangga rumahnya.

Video yang berdurasi tidak sampai satu minit itu telah mendapat tontonan sebanyak empat ribu lebih sejak dimuat naik. Melihat Krisdayanti yang pantas berlari menaiki tangga buat yang melihat pasti tak sangka.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ada yang memuji cara Krisdayanti menjaga kesihatan dirinya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Boleh tahan tinggi tangga rumah KD ni, kalau rumah aku mcm ni pun, mesti kurus aku, haha.. “

” Patut lah maintain cantik, ni senaman dia rupanya. Hebat Krisdayanti, boleh lah sapa-sapa rumah ada tangga, ikut mcm Kridayanti buat ni.. “

Patutlah kekal langsing Krisdayanti ni, rajin buat senaman kat rumah. Tak perlu pun nak keluar untuk ke gym. Menarik perkongsian video ini, boleh lah untuk sesiapa yang mahu kekal sihat dan mempunyai badan yang cantik, melakukan senanam seperti Krisdayanti ini.

Mungkin ramai yang tak tahu, usia Krisdayanti kini adalah 46 tahun, namun wajah dan bentuk badan Krisdayanti tidak seperti usia sebenarnya. Apa-apa pun, semoga Krisdayanti sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tercintanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Thekaripop, Krisdayanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..