” Fateh m4lu-m4lu nak cakap wo ai ni, comel sangat.. ” – Netizen

Video Adam Corrie Lee Mengajar Anaknya, Adam Fateh Lee Bercakap Bahasa Cina. Wah Pandai Fateh, Cepat Belajar Ni. Part Muka M4lu Tu, Comel Je Fateh Senyum-Senyum Simpul !!

Saudara baru dan juga pelakon hebat, Adam Corrie Lee cukup terkenal dengan watak antag0nisnya. Bahagia bersama isterinya, Fazema Mohd Fuad dan anak mereka, Adam Fateh Lee, Corrie kini aktif dalam perniagaan baju kurta.

Menerusi akaun Instagram Adam Corrie, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Corrie mengajar Fateh bercakap dalam bahasa Cina. Corrie yang pandai berbahasa Hokkien, Kantonis, Inggeris dan Melayu.

Corrie mengajar perkataan asas yang mudah untuk Fateh pelajari. Anak seusia Fateh ini lebih mudah dan cepat belajar sekiranya diajar sejak kecil. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya barulah hasilnya dapat dituai pada pada kemudian hari.

Fateh pun laju sahaja mengikut ayahnya menyebut perkataan ‘Ma, Ni How’ dan ‘ Ma, Wo Ai Ni’. Muka Fateh yang putih dan banyak mewarisi wajah Cina Corrie sememangnya seorang anak yang comel. Tak lama lagi tentu Fateh boleh fasih bercakap dalam banyak bahasa seperti Corrie.

Jom tonton video di bawah :

 

Gelagat Fateh bersama Corrie ini mendapat perhatian daripada peminat. Semakin besar, semakin comel Fateh ini. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya Fateh, masa berlalu sangat pantas. Fateh makin besar dah ye. Semoga menjadi anak soleh dan membanggakan mama papa ya Fateh.. “

” Makin handsome Fateh, good boy sangat. Cuteness over load baby Fateh. Tq Corrie, kami pun boleh tumpang belajar sama-sama.. “

” Wo ai ni jawabnya apa, wo ai ni too ke Fateh hehe. Fateh muka m4lu-m4lu la, comel sangat sampai senyum simpul jadinya.. “

” M4lu-m4lu tu cute la, wo ai ni Fateh. Ni sebijik anak ayah, muka Corrie sangat Fateh. Semoga menjadi anak yang soleh Fateh.. “

” Kejap je tu pickup, boleh sambung legasi abah la lepas ni Fateh. Macam Ustaz Ebit Lew dan ustaz Firdaus Wong dalam dakwah.. “

” Fateh malu malu nak cakap wo ai ni la. C0py paste muka daddy ni. Makin pandai dan bijak Fateh ye. Semoga jadi anak yang soleh Fateh.. “

” Bestla Fateh pandai banyak bahasa nanti. Suara Fateh comel macam suara cina. slang dia tu, best dengar Fateh sebut.. “

Bagusnya Corrie mededahkan anak dengan kemahiran berbahasa begini. Lepas ni bolehlah Corrie bukak kelas bahasa mandarin untuk peminat pula. Apa pun, semoga Adam Fateh Lee membesar menjadi anak yang bijaksana dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie Lee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..