” Cutenya anak Iman, cute sangat macam mak dia.. ” – Netizen

Iman Suhana Kongsi Gambar Terbaru Bersama Anak Perempuannya, Maya Inara Raih Perhatian Peminat. Comelnya Maya, Macam Ibu Dia. Ibu Muda, Nampak Macam Kakak Bergambar Dengan Adik Je !!

Norsuhana Mohamad Wahid atau nama popularnya Iman Suhana merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama berepisod Sabarlah Duhai hati. Iman sudah berkahwin dengan pilihan hatinya, Muhammad Shazwan Ibrahim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maya Inara yang kini berusia 3 tahun.

Meninjau ke laman Instagram milik Iman, telah dikongsikan gambar Iman bersama dengan Maya. Iman mengenakan baju tidur berwarna coklat cair manakala Maya pula mengenakan baju berwarna hitam bercorak kartun. Terdapat patung katak di sisi Iman.

Maya kelihatan duduk di atas riba Iman, sambil Iman melentukkan kepala Maya dengan tangannya dan meletakkan kepalanya di atas kepala Maya. Mata Maya kelihatan tertutup apabila Iman berbuat demikian. Iman memejamkan mata dan juga tersenyum apabila gambarnya dirakam.

Menerusi kapsyen tulisan Iman, Iman mengucapkan selamat malam kepada pengikutnya. Ada antara bertanya tentang status Iman kerana mereka tidak mengetahui bahawa Iman sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Peminatnya turut membalas ucapan selamat malam Iman selain memuji wajah Maya yang comel. Antara komen-komen peminatnya:

” Goodnight nadia.. Baju tido dari mana ? So cantek.. Froggy tu.. Terharu iols.. Rindu nyaa kt bdk kecik.. Alahaiiii dua beranak ni.. Comelnya.. “

” Goodnight.. Nk tanya nadia tu adk awk eh.. Asal awak lagi comel.. Anak i ada baju tu.. Hahaha.. Eh eh comelnyee cam ibu dia.. “

” Comel je dua2.. You both isn’t look like mother n daughter but.. Sometimes you both looked like siblings.. Manis plak nadia nie.. “

” Wow.. Night kakak iman.. Alaaaa so sweet.. Comey baby dia.. Goodnight.. Lawa rambut.. Tolong aku kebalik gais.. Froggy berkata.. ” 

” Cute nya anak iman.. Cute sangat macam mak dia.. Huwahh muka kak iman mcm akiddos sebijikk hidung & mulut.. Daddy dia mana.. Selalu dua beranak ni je.. “

 ” Auh cumil lh akak patung frog dia imansuhana.. Saya suka katak.. Anak akak imansuhana ke tu comelnya.. Putih gebu the little girl.. Aik.. Iman ad anak ke ?.. Iman dh kahwin ke?… Sorry sis tak tau pulak.. “

Maya yang mempunyai kulit yang putih gebu, badan yang bamb4m membuatkan peminatnya berasa ger4m melihatnya. Ada juga peminatnya yang mengatakan Iman dan Maya seperti adik-beradik bukan seperti ibu dan anak.

Kalau sekali imbas memang tak nampak seperti ibu dan anak, mungkin disebabkan karakter Iman yang kebudak-budakan. Untunglah berwajah awet muda. Semoga Iman terus maju dalam bidang lakonannya dan Maya membesar menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Iman Suhana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..